Ini Dia BRABUS, Sporty Habis, Nampaknya Boleh Laku Keras
-full.webp)
smart Malaysia memperkenalkan secara rasminya model perdana smart #1, varian BRABUS pada Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) di ibu negara, sebentar tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, setelah memperkenalkan varian smart #1 BRABUS, smart Malaysia cukup teruja untuk membuka laluan baharu dalam pasaran EV tempatan.
-full.webp)
“Dengan gabungan teknologi canggih, prestasi EV yang luar biasa dan keselesaan tanpa kompromi, model BRABUS adalah varian tertinggi bagi model pertama kami, iaitu smart #1.
“Penyertaan smart Malaysia di IEMS juga mempamerkan komitmen syarikat ke arah membantu Malaysia mencapai matlamat pelepasan sifar bersih jangka panjangnya. Kami mempunyai banyak lagi perkembangan menarik untuk diumumkan yang akan mentakrifkan semula pengalaman pemilikan EV," katanya.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Fadillah Yusof, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Sebelum ini, pihak CariCarz.com berpeluang menyaksikan varian BRABUS di bilik pameran smart yang terletak di Hap Seng, Kuala Lumpur.
Kereta ini yang menampilkan rekaan seolah-olah Mercedes-Benz cukup sporty dan ia direka khas bagi mereka yang meminati kenderaan berprestasi tinggi.
Apa tidaknya, BRABUS merupakan sebuah kenderaan yang cukup berkuasa kerana mendapat tambahan dua tetapan motor di depan.

LUARAN
Bagi yang tidak tahu, barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.
Dari segi luaran BRABUS, adalah tidak sukar untuk membezakan Brabus #1 dengan adik-beradiknya yang berspesifikasi lebih rendah.


Sebagai varian teratas, model Brabus mendapat aerokit Brabus yang eksklusif dengan sedikit warna aksen merah pada hud hadapan, bahagian saluran udara hadapan, skirt sisi, serta spoiler belakang yang dipasang di atas bumbung.
Menjengah bahagian sisinya, ia menggunakan rim aloi Dynamo bersaiz 19 inci dan terdapat juga brek kaliper berwarna merah.

Bercakap mengenai merah, model Brabus juga mendapat dilihat banyak menerima aksen merah di bahagian luarnya, termasuk pilihan rona dua tona yang ditawarkan.
Ini termasuk di bahagian penutup cermin sisi kereta, pemegang pintu yang tertera perkataan smart dan spoiler belakang.


Difahamkan, sekiranya anda memilih pilihan rona hitam dua tona, aksen merah tersebut akan digantikan dengan warna hitam Eclipse.


Ia yang dibangunkan menggunakan platform EV SEA daripada Geely, iaitu platform sama yang digunakan oleh Volvo EX30, dijana dengan motor berkembar menjadikannya pacuan semua roda (AWD)
Ini menjadikannya pacuan AWD mampu menghamburkan kuasa setakat 422 hp (315 kW) dan tork 543 Nm.
Menerusi hamburan kuasa ini, BRABUS mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat manakala kelajuan maksimumnya ada 180 km/j.

Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.
Ia yang menyokong kadar pengecasan DC 150 kW, membuatkan baterinya penuh dari 10% hingga 80%hanya dalam 29 minit, manakala jika menggunakan pengecasan AC 22 kW pula, ia mengambil masa dalam tiga jam.

Ketika penulis melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia dilengkapi dengan dalaman mewah yang menampilkan bahan premium.
Dari segi teknologinya, Brabus #1 mendapat ciri yang sama dengan adiknya yang berspesifikasi rendah iaitu Premium.


Ini termasuk bumbung matahari panoramic, sistem pencahayaan ambien pelbagai warna, skrin infotainmen bersaiz 12.8 inci di tengah, dan skrin instrumen bersaiz 9.2 inci bersama head-up display (HUD) berwarna 10 inci di bahagian pemandu.


Turut dilengkapi ialah pad pengecasan wayarles, Port USB-C untuk kedua-dua penumpang hadapan dan belakang, dan sistem audio premium Beats 13 speakers.

Ia juga dilengkapi dengan trim dalaman 'BRABUS' yang eksklusif, manakala warna luarannya menawarkan tujuh kombinasi yang berbeza.
Ini bermakna, jika anda memilih bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih daripada warna luaran Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver.
Jika lebih berminat bumbung Hitam, ia boleh digabungkan dengan warna Digital White, Laser Red dan Cyber Silver.
Tidak terkecuali warna Atom Grey – Matte, yang turut mnerima bumbung berwarna badan.
Buat masa ini, anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan BRABUS – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.
Ia yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Xi'an, China, bakal memasuki pasarannya bersama varian #1 yang lain pada hujung tahun ini.

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi Aplikasi Hello smart dan berpeluang menerima hadiah smart #1 Early Bird, yang terdiri daripada kredit pengecasan bernilai RM1,001.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
smart Malaysia, CapitaLand Jalin Kerjasama, Anjur Peraduan Shop Smart Win Smart
smart Malaysia bekerjasama dengan CapitaLand mengadakan kempen cabutan bertuah untuk Hari Pengguna terbesar di Malaysia, “Shop SMART Win smart.”
17-03-2025
Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000
Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.
03-10-2024
Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan
smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.
04-09-2024
Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia
Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.
13-10-2022
EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.
18-08-2022
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat