Range Rover Sport 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM1.6 Juta

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini telah melancarkan Range Rover Sport generasi ketiga secara rasmi bagi pasaran Malaysia.
CIRI MEKANIKAL RANGE ROVER SPORT 2023
Range Rover Sport dikuasakan oleh enjin petrol MHEV 3.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF dan kuasa disalurkan ke semua roda menerusi sistem Intelligent All-Wheel Drive. Sistema yang digunakan membolehkannya melakukan pecutan dari 0 hingga 100 km.j dalam masa hanya 5.7 saat.


Berbanding dengan keluaran terdahulu, model kali ini dibina atas senibina Modular Longitudinal Architecture (MLA-Flex) campuran logam fleksibel, yang menjadikannya memiliki ketegaran kilasan (torsional stiffness) yang 35% lebih tinggi.
Teknologi lain yang digunakan pada model kali ini ialah Dynamic Air Suspension, sejenis sistem suspensi canggih yang menjadikan spring udara lebih responsif sekaligus memberikan kualiti pengendalian yang mantap.
LUARAN RANGE ROVER SPORT 2023

Walaupun bersaiz lebih besar berbanding Range Rover Sport 2022, model ini lebih ringan sebanyak 68 kg. Dari sisi permukaan model ini direka ‘rata’ dengan pemegang pintu yang terbenam serta garis badan juga halus, sekaligus memberikannya prestasi aerodinamik yang baik dengan angka pekali seretan serendah 0.29 sahaja. Model ini diberikan rim bergaya 5127 dalam saiz 22 inci berwarna kelabu Satin Dark Grey.




Dari hadapan, lampu nyalaan siang LED yang digunakan adalah lebih halus, dan juga direka terbenam bersama dengan lampu hadapan membuatkan ia kelihatan bersepadu dengan gril. Di bahagian belakang, kelompok lampu dan tulisan atau logo Range Rover kini ditempatkan di dalam jalur hitam di bahagian bawah cermin kereta.
Secara keseluruhannya, reka bentuk luarannya menyerlahkan aura moden dan sofistikated jenama mewah ini.
-full_normal.webp)
KABIN RANGE ROVER SPORT 2023
Bergerak ke dalam ruang kabin, aura moden kekal terserlah dengan pelbagai teknologi canggih. Konsol tengah diletakkan tinggi. Antara yang disediakan untuk keselesaan optimum semua penumpang ialah sistem kawalan pendingin udara empat zon dan pembersih udara profesional kabin.



Dari segi teknologi, Range Rover terbaru dilengkapi dengan sistem infotainmen Pivi Pro bersaiz 13.1 inci beresolusi tinggi yang diletakkan ‘terapung’ di atas papan pemuka. Sistem sama boleh digunakan untuk mengakses fungsi navigasi, serta mengawal media dan tetapn kenderaan. Melengkapkan ruang kokpit, ialah paparan pemandu interaktif bersaiz 13.7 inci.
CIRI KESELAMATAN RANGE ROVER SPORT 2023
Range Rover Sport 2023 dipadatkan dengan pelbagai Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang canggih merangkumi
Brek Kecemasan, Kamera Pandangan Keliling 3D, Pengesan Kedalaman Air, Pandangan Laluan (Ground View) ClearSight dan Cermin Pandang Belakang ClearSight, Lampu Manuver, Kawalan Jelajah Adaptif dengan Bantuan Stereng, Tindak Balas Keadaan Pemandu, Bantuan Kekal Lorong dan Pengecaman Tanda Lalu Lintas.
HARGA RANGE ROVER SPORT 2023
Range Rover Sport baharu ditawarkan pada harga bermula dari RM888,688 tidak termasuk cukai dan RM1,698,000.00 dengan cukai. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah
Range Rover Velar sudah mendarat di pasaran tempatan.
22-09-2023
[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover
Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.
30-03-2023
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat