ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Tesla Model Y Dikemaskini Di China - Jarak EV Lebih Jauh, Lebih Pantas & Bergaya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-ModelY-Update-China-1.jpg


Tesla telah mengemaskini Model Y untuk pasaran China


SUV elektrik, Tesla Model Y untuk pasaran China telah dikemaskini secara mengejut minggu ini. Pembaharuan ini dibuat lebih awal daripada kemas kini besar-besaran yang telah dijadualkan pada 2024. Bagi kemas kini yang dibuat kali ini, Model Y menerima beberapa peningkatan kosmetik dan kelengkapan kecil, serta prestasi yang lebih baik. 


Tesla-ModelY-Update-China-4.jpg


Model Y China kini hadir dengan rim Gemini bersaiz 19 inci dalam rekaan yang lebih aerodinamik


Secara visual, Model Y yang telah diperbaharui di pasaran China ini menggunakan rim Gemini 19 inci baharu  dengan reka bentuk terkini yang lebih aerodinamik. Rim kali ini juga dicat dengan warna baharu, hitam, menggantikan warna perak yang digunakan sebelum ini. Rekaan aerodinamik rim kali ini memberikan Model Y jarak perjalanan CLTC yang lebih baik. 


Tesla-ModelY-Update-China-2.jpg


Mengenai jarak perjalanannya, Model Y varian asas pacuan roda belakang (RWD) bertambah sebanyak 9 KM berbanding sebelumnya, menjadikan jarak CLTC terbaru sejauh 554 KM. Sementara itu, varian Long Range pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor kini boleh mencapai jarak sejauh 688 KM, tambahan sebanyak 28 KM berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, jarak perjalanan maksimum kekal sama bagi varian tertinggi, Performance. 


Tesla-ModelY-Update-China-5.jpg


Varian asas, RWD, kini satu saat lebih pantas (pecutan di laluan lurus)


Dari segi prestasi,  RWD kini satu saat lebih pantas dengan kemampuan pecutan dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 5.9 saat, berbanding 6.9 saat sebelum ini. Namun, Tesla tidak mendedahkan penaiktarafan yang diberikan secara terperinci kepada varian ini sama ada dari segi unit penggerak, output bateri atau perubahan kepada perisian. 


Tesla-ModelY-Update-China-8.jpgTesla-ModelY-Update-China-7.jpg


Sementara itu, prestasi pemanduan bagi model Long Range AWD dan Performance kekal tidak berubah dari sebelumnya.


Bergerak ke bahagian dalam, Model Y yang dikemaskini ini menerima perubahan kosmetik kecil. Antara yang terbaru adalah termasuk pencahayaan ambien RGB pada papan pemuka, dengan kemasan tekstil papan pemuka baharu menggantikan veneer kayu pada model sebelum ini. 


Peningkatan terbesar pada Model Y kali ini ialah perkakasan baharu, Hardware 4.0 (HW4), yang meningkatkan lagi prestasi pemanduan autonomi kreta, selain tahap NVH yang lebih baik. 


Walaupun ditambah dengan beberapa ciri baharu yang lebih baik, harga bagi Model Y yang telah dikemaskini di pasaran China ini kekal tidak berubah dari versi sebelumnya, dengan model asas, RWD dijual pada harga bermula dari CNY 263,900 (~RM173,021). Sementara itu, varian Long Range AWD dan Performance masing-masing dijual pada harga CNY 299,900 (~RM193,119) dan CNY 349,900 (~RM225,316).


Tesla-ModelY-Update-China-3.jpg


Harga kekal sama seperti versi terdahulu


Buat masa ini, tidak pasti sekiranya Model Y  yang diberikan pembaharuan kecil ini akan diimport masuk ke pasaran Malaysia walaupun kesemua model yang dibawa ke negara ini dihasilkan di kilang sama, Tesla Gigafactory Shanghai. Untuk makluman, penghantaran Model Y ke Malaysia hanya akan bermula pada tahun 2024, walaupun menerima tempahan yang tinggi. 

Tesla-ModelY-Update-China-6.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

10-07-2026
Berita Auto

26-09-2025
EV

07-05-2025
EV

03-04-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Kereta Baru

10-01-2025
Global

18-09-2024

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.