Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas

Lotus mendedahkan rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) yang canggih
Bagi menyokong model-model elektrik Lotus iaitu SUV Eletre dan sedan Emeya, syarikat automotif British ini telah memperkenalkan beberapa sistem pengecasannya termasuk pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.

Pengecas DC ultra-pantas 450 kW terbaru Lotus memiliki teknologi penyejukan cecair
Pengecas DC ultra-pantas ini dibangunkan oleh Lotus dengan sistem penyejukan cecair di dalamnya, dan memiliki kapasiti pengecasan maksimum yang tinggi iaitu sebanyak 450 kW.
Pada kadar ini, Lotus memaklumkan bahawa pengecas DC ini mampu memberikan SUV EV Eletre R jarak EV maksimum hingga 140 KM setelah dicas dalam masa hanya 5 minit. Untuk perbandingan, Supercharger V3 Tesla hanya memberikan 120 KM jarak dalam tempoh pengecasan yang sama.
Untuk pengecasan bateri Eletre R yang berkapasiti 111.9 kWh ini daripada 10% hingga 80% pula mengambil masa 20 minit.


Unit 450 kW ini (kiri) dilengkapi dengan empat kabel sambungan, serta sebuah kabinet tenaga khas (kanan)
Sistem pengecas DC Lotus ini terdiri daripada sebuah kabinet tenaga, sebuah unit pengecasan, serta empat kabel sambungan, dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan saluran yang membolehkan cecair penyejuk mengalir melalui penyambung. Lotus mendakwa saluran ini dapat mencegah penyambung daripada pemanasan berlebihan dalam keadaan panas, serta meningkatkan kecekapan cas dalam iklim yang lebih sejuk.
Yang menariknya, pengecas ini tidak hanya boleh dimanfaatkan oleh pemilik Lotus, tetapi juga jenama EV lain. Walau bagaimanapun, Lotus mengingatkan bahawa pengecas ini “paling berkesan” pada EV yang dilengkapi dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt.


Selain EV Lotus, pengecas EV baharu ini juga boleh digunakan oleh pemilik EV jenama lain
Pengecas DC 450 kW dengan sistem cecair penyejuk ini merupakan sebahagian daripada infrastruktur pengecasan EV terkini Lotus, yang kini sudah beroperasi di China. Pasaran utama lain seperti UK dan Eropah dijangka akan menerima rangkaian pengecasan baru ini pada awal suku kedua 2024. Pelancaran sistem pengecas ini sejajar dengan strategi Vision80 Lotus, yang menyasarkan Lotus sebagai jenama "teknologi global elektrik penuh" menjelang tahun 2028, sempena ulang tahunnya yang ke-80.
Walaupun rangkaian pengecasan ini terbuka kepada jenama EV lain, masih tidak diketahui sama ada Lotus atau syarikat induknya, Geely, akan menawarkan teknologi pengecasan ultra-pantas ini untuk pihak ketiga seperti yang dilakukan Tesla. Tesla baru-baru ini menawarkan peralatan Supercharger V3 yang bernilai $100 juta (~RM465 juta) kepada BP.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km
Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.
09-12-2025
Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!
Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi
04-04-2025
EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.
29-03-2024
Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem
Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.
14-02-2024
Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP
Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.
08-09-2023
Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4
Emira GT4 ini menggantikan Evora GT4 yang pernah merangkul beberapa gelaran juara perlumbaan.
27-10-2021
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
