EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus Emeya EV GT telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Asia semasa acara Bangkok International Motor Show (BIMBS) 2024
Bangkok International Motor Show (BIMS) 2024 yang kini sedang berlangsung menyaksikan pelbagai model kereta dipamerkan buat pertama kali di Asia. Kali ini model daripada jenama British, Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya. Untuk pasaran tersebut, Emeya ditawarkan dalam dua varian iaitu Emeya S dan Emeya R.
Varian asas, Emeya S, dikuasakan oleh dua motor yang memacu kesemua roda (AWD) pada output 603 hp (450 kW) dan 710 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.15 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum (V-Max) yang dihadkan pada 205 km/j.

Varian seterusnya, varian dengan prestasi lebih tinggi, Emeya R dilengkapi dengan enjin dua motor AWD yang memberikan output sistem keseluruhan sebanyak 905 hp (675 kW) dan tork 985 Nm. Ini membolehkan kereta GT EV ini mencapai pecutan 100 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat, manakala kelajuan maksimumnya ditingkatkan kepada 256 km/j.

Kedua-dua varian Lotus Emeya dikuasakan oleh bateri NMC 102 kWj yang sama, menghasilkan julat EV maksimum sehingga 610 KM (WLTP).
Dari segi bateri, kedua-dua varian Emeya S dan Emeya R untuk pasaran Thailand mendapat unit NMC 102 kWj yang sama, namun jarak yang mampu dicapai bagi kedua-dua model ini adalah berbeza. Emeya S boleh mencapai jarak perjalanan WLTP sehingga 610 km, sementara varian berprestasi lebih tinggi, Emeya R mencapai jarak EV 485 km.

Dibangunkan berasaskan Seni Bina Premium Elektrik (EPA) yang sama dengan Eletre, Emeya turut dilengkapi dengan sistem bateri 800 volt, membolehkannya menerima pengecasan DCFC sehingga 350 kW, manakala AC dihadkan pada 22 kW. Teknologi ini membolehkan kenderaan dicas daripada 10-80% dalam masa hanya 18 minit, manakala OBC 22 kW pula mengambil masa kira-kira 8.5 jam.
Selain berkongsi seni bina EV yang serupa, Emeya juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara elektronik yang sama seperti Eletre, serta sistem pengagihan tork ICC Lotus. Sistem pintar ini membolehkan sistem AWD sepenuh masa model ini menghantar kuasa kepada setiap roda secara berasingan, menjanjikan prestasi belokan yang lebih baik dan lebih pantas.




Emeya datang dalam gaya badan sedan GT yang sporty, dilengkapi dengan bahagian aero aktif.
Dari segi rekaan, Emeya tampil lebih sporty berbanding SUV elektrik, Eletre. Emeya diberikan gaya badan sedan GT yang elegan. Selain elemen sporty seperti penggunaan lampu hadapan LED matrix dual-stack dan rim 22 inci, model ini turut diberikan beberapa bahagian aero aktif seperti diffuser belakang, spoiler dua lapisan di belakang dan banyak lagi. Kehadiran ciri aero ini memberikan Emeya daya ke bawah (downforce) sehingga lebih daripada 215 KG, memberikan tahap kestabilan dan cengkaman yang lebih baik.




Memasuki ruang kabin, Emeya untuk pasaran Thailand didatangkan dalam pilihan konfigurasi empat atau lima tempat duduk. Unit yang dipaparkan di pameran BIMS baru-baru ini adalah jenis empat tempat duduk. Antara kelengkapan penting di ruang kabin ialah skrin infotainmen tengah yang besar, tempat duduk sporty dengan pilihan pelbagai jenis upholsteri daripada bahan yang dikitar semula dan mampan, serta sistem audio KEF 3D yang didatangkan sama ada dengan 15 atau 23 speaker.

Lotus Emeya bakal menjadi pesaing kepada Porsche Taycan dan Audi e-tron GT.
Bakal memberikan persaingan yang sengit kepada model mewah lain, Porsche Taycan dan Audi e-tron GT, Lotus Emeya kini boleh ditempah di pasaran Thailand. Harga jualannya bermula daripada THB 5.99 juta (~RM778,759) untuk Emeya S, dan THB 6.89 juta (RM895,768) untuk Emeya R.
Buat masa ini, Lotus Cars Malaysia belum mendedahkan sebarang perancangan untuk membawa masuk Emeya EV ke pasaran tempatan yang kini hanya menawarkan satu model EV iaitu SUV Eletre.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km
Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.
09-12-2025
Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!
Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi
04-04-2025
Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem
Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.
14-02-2024
Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas
Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.
30-11-2023
Lotus Emeya Power Habis, Ada Kuasa 905 HP
Lotus akhirnya mendedahkan sedan elektriknya, Lotus Emeya.
08-09-2023
Bagi Meneruskan Legasi Dunia Permotoran, Lotus Melancarkan Emira GT4
Emira GT4 ini menggantikan Evora GT4 yang pernah merangkul beberapa gelaran juara perlumbaan.
27-10-2021
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

