Ibu Bapa Patut Kena Hukum, Biarkan Anak Memandu

Pada minggu lepas, pasangan tunang maut selepas dilanggar pemandu berusia 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang.
Sebelum kes itu, ada juga seorang wanita turut maut kerana dirempuh sebuah kereta dipandu remaja berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar.

Ini bukan kes terbaharu malah banyak kes sudah direkodkan sebelum ini yang membabitkan remaja bawah umur dibenarkan memandu.
Melihat kes kematian yang semakin kerap berlaku menyebabkan Kementerian Pengangkutan membuat keputusan untuk menyemak semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT semalam.
"Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa, itulah denda maksimum yang boleh dikenakan tetapi dalam konteks undang-undang kami akan menyemak semula dari semasa ke semasa,” katanya.
Sebagai rujukan, Seksyen 26(2) di bawah APJ itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sewajarnya, pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman tegas ke atas ibu bapa yang membenarkan anak-anak bawah umur memandu tanpa lesen.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Penunggang Motosikal Dalam Bahaya: Ramai Terlibat Kemalangan Maut
Nahas motosikal semakin menakutkan.
23-07-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge