Isuzu Mudahkan Kerja JPN, Serah 3 Biji Trak Pikap

Trak pikap Isuzu D-Max menjadi kenderaan utama buat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan kakitangan agensi itu meredah kawasan pedalaman kampung Orang Asli di seluruh negara.
Isuzu D-Max akan digunakan untuk membantu JPN dalam urusan mendaftarkan golongan Orang Asli untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.
Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman berkata, pihaknya telah menerima tiga unit Isuzu D-Max 3.0 liter automatik.

Kenderaan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Rompin, Pahang sebentar tadi.
Sogo mengakui reputasi Isuzu D-Max yang telah terbukti sebagai sebuah kenderaan yang boleh diharap pastinya akan mempermudahkan lagi urusan jabatan kerajaan itu.
“Trak pikap Isuzu telah menerima pengiktirafan dan meraih reputasi sebagai sebuah kenderaan yang boleh mengharungi apa juga keadaan dan permukaan jalan.
“Isuzu D-Max mampu meredah pelbagai permukaaan jalan raya dan kami sangat yakin bahawa D-Max serba baharu ini akan mampu berkhidmat dengan sangat baik untuk JPN dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Tiga Isuzu D-Max yang diserahkan itu akan digunakan oleh kakitangan JPN yang berpangkalan di Kuala Mu, Perak; Gua Musang, Kelantan; dan Kuala Rompin, Pahang.
Kenderaan itu akan digunakan untuk bergerak bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan memasuki ke perkampungan Orang Asli untuk mendaftarkan penduduk, terutamanya bayi yang baru lahir di kawasan berkenaan.
Jadi, bagi memastikan perjalanan selamat untuk kenderaan dan semua penumpang, semua Isuzu D-Max tersebut telah dilengkapi dengan winch, palang pelindung, kanopi serta tayar untuk kegunaan di permukaan berlumpur.
Sedikit mengenai Isuzu D-Max. trak pikap itu dipadankan dengan sistem pacuan empat roda yang menampilkan ciri differential lock untuk memberikan cengkaman padu terhadap apa jua permukaan.
Isuzu D-Max juga mempunyai kemampuan untuk meredah air sedalam 800 mm.
Ini membolehkannya merentasi saliran, sungai atau jalan banjir
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge