Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad

PHS Automotive Malaysia (PHSAM), pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini bagi rangkaian kenderaan elektrik (EV), e-tron.
Tawaran eksklusif ini diumumkan untuk memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki dan menikmati pengalaman pemanduan EV Audi.
Baca: myAudiWorld Tingkat Pengalaman Pemilikan Audi
KEMPEN “GO ELECTRIC”
Kempen "Go electric" memberikan peluang kepada pemilik untuk mendapatkan diskaun sehingga RM93,000, di samping pengecualian cukai oleh kerajaan.


Audi e-tron GT (kiri) dan RS e-tron GT (kanan)
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai tawaran istimewa ini:

Audi RS e-tron GT yang biasanya dijual pada harga RM792,990, kini ditawarkan pada harga RM699,990. Sementara itu, Audi e-tron GT quattro dengan Dynamic Package yang biasanya dijual pada harga RM666,990, kini ditawarkan pada harga RM599,990.
Harga yang dinyatakan adalah harga jalan, yang tidak termasuk insurans premium atau Program Jaminan Audi (Audi Assurance Program, AAP) yang boleh ditambahkan sebagai pilihan.
Pembeli model yang dinyatakan akan menerima pengecas wallbox MOON (22kW/11kW) secara percuma, kredit JomCharge bernilai RM1,000 dan akses percuma kepada pengecas pantas DC 180 kW DC di mana-mana cawangan Audi Centre.
Perlu diingatkan bahawa pemberian wallbox percuma, MOON Home Charging Wallbox, ini adalah tertakluk kepada kesesuaian premis setelah pemeriksaan oleh pihak pemasang EV-Connection. Tawaran ini hanya untuk unit wallbox dan tidak termasuk kos pemasangan yang perlu ditanggung oleh pelanggan.
KEMPEN “YOUR PERFECT Q, ELECTRIFIED”


Model SUV, Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 kini ditawarkan dengan AAP secara percuma
Selain itu, sebagai sebahagian tawaran pra-akhir tahun, model SUV, Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 kini ditawarkan dengan AAP secara percuma. AAP memberikan pelanggan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan jaminan tambahan daripada pengeluar selama tiga tahun yang menjadikannya lima tahun. Bantuan tepi jalan turut ditawarkan secara percuma untuk lima tahun pertama selepas pendaftaran kenderaan.
TARIKH AKHIR KEDUA-DUA KEMPEN
Kempen "Go electric" dan "Your Perfect Q, electrified" akan berakhir pada 31 Disember 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai e-tron GT atau rangkaian model e-tron lain, sila kunjungi Audi Centre atau layari laman web rasmi Audi Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Audi Malaysia Tawar Pakej Waranti Lebih Panjang, Fikiran Lebih Tenang!
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) baru-baru ini telah melancarkan pakej waranti Audi Assurance Package (AAP).
08-02-2023
Pendaftaran Minat EV E-Tron GT & Q8 E-Tron Kini Dibuka Di M'sia, Pelancaran Tidak Lama Lagi?
Pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) kini telah membuka pendaftaran minat untuk kenderaan elektrik.
12-01-2023
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
