ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) secara rasminya merasmikan Ford Ranger Platinum ke pasaran tempatan, pagi tadi.

Platinum baharu ini dijual dari harga bermula dari RM183,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan Ranger Platinum baharu di ASEAN.

Pengarah Urusan Ford Asia Pasific Distributor Markets (APDM), DJ Simpson  berkata pihaknya cukup menitiberatkan pandangan para pelanggannya sepanjang proses Pembangunan Ranger berkenaan.

image.png

“Kami telah melihat pertumbuhan bagi model mewah dalam segmen ini sejal beberapa tahun lalu, jadi kami mencabar diri untuk mencipta kenderaan yang memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan,”katanya.

Ranger Platinum boleh didapati secara ekslusif dalam spesifikasi dwikabin dan ia dijana dengan enjin Ford 2.0L Bi -Turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 210 PS dan tork 500Nm.

Kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik serta digabungkan dengan transmisi automatic 10 nisbah kelajuan termasuk ciri e-Shifter.

Menjengah bahagian luarannya, ia diserlahkan dengan gil unik, roda aloi 20- inci serta lambang Platinum pad bahagian bonet depan selain dihiasi dengan Silk Chrome dan power roller shutter.

image.pngimage.png

Sementara itu, ia juga hadir dengan lampu depan LED Matrix dan pintu tailgate secara tertutup, dan terdapat Flexible Rack System serba pintar.

Flexible Rack System pintar boleh dikendalikan oleh satu orang dan dikunci pada lima kedudukan berbeza di sepanjang kotak muatan.

Bagi kabinnya pula, ia menyediakan kelengkapan dalaman yang agak premium kerana kerusinya hadir dengan jahitan yang cukup menyerlah.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah kluster instrumen digital bersaiz 12.4 inci, kerusi depan berhaba dan ia boleh dilaraskan secara 10 hala.

Ia juga hadir dengan skrin infotainmen 12-inci dengan SYNC® 4A terkini, pembesar suara Bang & Olufsen dan pencahayaan ambien, e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0.

Ranger Platinum Baharu ini agak berbeza dengan varian Ranger lain kerana  papan pemukanya diilhamkan daripada Ford Everest selain menampilkan rak tertutup dan ada juga lambang pada kerusi depan dan karpet lantai.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, Ranger Platinum Baharu disediakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana lebih awal.

Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan waranti kepada enam atau tujuh tahun atau sehingga 40,000km dengan pakej waranti lanjutan Premium Care (EWP).

Untuk terus menambah baik pengalaman pemilikan, Ford juga menawarkan pakej Pelan Perkhidmatan Lanjutan (ESP) bagi kedua-dua model yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan.

image.png

Difahamkan, sempena majlis pelancaran tadi, para pelanggan yang menempah jentera baharu ini bermula hari ini hingga 5 november berpeluang menerima telfon Xiaomi secara percuma .

Sebagai bonus istimewa, pelanggan juga akan menerima diskaun Ford ranger Gateways bernilai RM1,000.

Untuk maklumat lanjut layari, sdacford.com.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Berita Auto

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.