Omoda E5 Didedah, Tengok Dulu, Pelancaran Tahun Depan

Chery Malaysia mempertontonkan model crossover elektrik terbaharunya, Omoda E5 yang dikatakan akan dilancarkan secara rasmi selewat-lewatnya pada Mac depan.
Untuk makluman anda, Omoda E5 adalah kenderaan elektrik yang pertama buat Chery Malaysia.
Difahamkan, Chery Malaysia akan menawarkan Omoda E5 menerusi versi import sepenuhnya (CBU) .
Namun, kami tidak pasti bila ia akan menjalani pemasangan tempatan (CKD).
Apapun, jika anda masih tercari-cari model kenderaan elektrik, mungkin Omoda E5 boleh dipertimbangkan.

Bagi yang berminat dengan Chery Omoda E5 ini, model terbabit disumbat dengan motor elektrik tunggal pacuan roda depan.
Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 201 hp dan 340 Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.6 saat.
Sementara itu, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.

Menyentuh mengenai pek bateri pula, ia sebenarnya berkapasiti 61 kWh sekali gus membolehkan ia bergerak sekurang-kurangnya 450 km dengan sekali cas penuh.
Mengenai pengecasan pula, ia menyokong pengecasan pantas DC 80 kW di mana pengecasan dari 30-80 peratus boleh dicapai hanya dalam masa 30 minit.
Selain itu, kadar penggunaan tenaga Omoda E5 adalah sekitar 14.5 kWh untuk setiap 100 km.
Menjengah bahagian luarannya, kerangka crossover ini kelihatan agak sama dengan versi petrol Omoda 5.
Apa yang beza sedikit ialah bahagian hadapannya kerana model EV ini tidak didatangkan dengan gril.

Selain itu, model ini juga didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci dimana rekaan rimnya agak tertutup membuatkan jentera ini menyerlah dengan rekaan unik itu.
Malah, port pengecas jentera ini terletak di bahagian hadapan manakala bahagian belakang pula, ia kelihatan agak sporty kerana rekaan lampu yang agak tajam.

Bahagian bampar pula agak tonggek kerana kontur garisan yang diolah dengan begitu baik.
Bercerita mengenai kabinnya pula, penulis mendapati ia agak mirip dengan susun atur Omoda 5.
Mana tidaknya, nama model pun hampir sama.
Di bahagian tengah konsol pula, kelihatan ruang besar untuk pemegang cawan, ruang penyimpanan barang dan ada juga terdapat beberapa butang untuk kawalan iklim.

Terdapat juga paparan skirn berkembar bersaiz 12.3 inci dengan kluster instrumen digital sepenuhnya serta sokongan Android Auto & Apple CarPlay.
Sementara itu, tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit, ada sistem audio Sony, saluran penghawa dingin di belakang, port pengecas USB, pad pengecas wayarles.
Semua ciri-ciri ini kelihatan serupa dengan versi petro Omoda 5.
Ini sahaja info yang diperoleh pada sesi tayangan pratonton ini, jadi teruskan bersama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Chery Omoda E5.
Jangan lupa juga kongsikan pendapat anda mengenai model ini?
Agak-agak berapa harga jualan Omoda E5 ini nanti? Adakah harga kayangan atau harga marhaen?
Nantikan pengumuman rasmi Chery Malaysia pada tahun hadapan nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat