ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Apple-CarPlay-Bespoke-Porsche-3.jpg


Apple telah melancarkan perkhidmatan CarPlay yang eksklusif untuk model-model Porsche dan Aston Martin


Setelah diumumkan pada tahun 2022, syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya, yang menampilkan reka bentuk dan susun atur yang lebih eksklusif. Dijangka dilancarkan pada tahun 2024, syarikat ini telah memperlihatkan sistem baharu ini pada model Porsche dan Aston Martin untuk memberi gambaran kepada pelanggan tentang apa yang boleh dijangkakan.


CARPLAY GENERASI AKAN DATANG PADA ASTON MARTIN


Apple-CarPlay-Bespoke-AstonMartin.jpg


CarPlay versi lebih canggih daripada Apple dipamerkan pada sebuah Aston Martin


Apabila dilancarkan nanti, sistem CarPlay pada Aston Martin akan digunakan bukan sahaja pada skrin infotainmen tengah, tetapi juga pada kluster instrumen digitalnya. Penggunaan sistem CarPlay pada instrumen digital membolehkan skrin tersebut memaparkan lagu yang dimainkan. Sementara itu, pada skrin tengah, beberapa kawalan penting telah diintegrasikan dalam menu CarPlay, termasuk sistem kawalan pendingin hawa. 


Walaupun tidak banyak yang dapat dilihat melalui  imej pertama ini, ia memberikan kita gambaran yang jelas tentang ciri eksklusif yang mampu ditawarkan CarPlay. Yang menariknya lagi, integrasi sistem CarPlay ke dalam kluster instrumen digital membolehkan pemandu mengubah susunan atau aplikasi yang dipaparkan mengikut selera masing-masing, misalnya dengan memasukkan aplikasi Apple Map, Waze, Google Maps, dll.


CARPLAY GENERASI AKAN DATANG PADA PORSCHE


Apple-CarPlay-Bespoke-Porsche-1.jpg


CarPlay generasi seterusnya yang direka khas untuk Porsche


Seterusnya, Apple mempertontonkan bagaimana CarPlay terbaru akan beroperasi pada jenama mewah keluaran Jerman, Porsche. Pada model ini terdapat tiga skrin termasuk skrin khas untuk penumpang. Sama seperti Aston Martin, CarPlay pada model ini juga menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian pada susunan kluster instrumen digital kereta. Khas pada model ini ialah ciri pencatat masa pusingan (lap time). 


Apple-CarPlay-Bespoke-Porsche-2.jpg


Mengenai skrin paparan utama dan ketiga Porsche, yang pertama menampilkan susunan menu utama Apple CarPlay yang biasa, yang turut memaparkan kawalan pendingin hawa sama seperti Aston Martin. Sementara itu, skrin hadapan khas untuk penumpang pula menunjukkan maklumat penting seperti fungsi peringatan untuk kalendar, cuaca dan sebagainya. Walaupun tidak dijelaskan, kami pasti, paparan pada skrin ini juga boleh diatur mengikut keinginan. 


Semasa acara Worldwide Developers Conference, Apple berjanji bahawa  CarPlay generasi seterusnya mampu bergabung dengan sistem telematik kereta. Ini bermakna CarPlay baharu itu nanti boleh mengumpulkan data pemanduan seperti speedometer, bateri, penunjuk bahan api dan sebagainya dan memaparkannya pada menu CarPlay. 


aston-martin-db12-interior.jpgPorsche-Panamera-NextGen-Interior-2.jpg


Langkah ini adalah selaras dengan matlamat untuk menyediakan integrasi yang lebih baik antara iPhone dan kenderaan yang membolehkan pengguna mengakses semua aplikasi melalui sistem infotainmen kereta. Apple juga menjamin bahawa semua data yang dikumpulkan daripada kereta tidak akan disimpan pada iPhone pengguna bagi memastikan privasi data kenderaan kekal terjaga. 


Buat masa ini, Apple dijangka akan melancarkan sistem CarPlay  eksklusif generasi seterusnya seawal tahun 2024. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3376

SELANGOR

BSR6302

JOHOR

JA3634J

PULAU PINANG

PSD8219

PERAK

APJ8703

PAHANG

CFH1749

KEDAH

KGH1266

NEGERI SEMBILAN

NEK9358

KOTA KINABALU

SJT1146

KUCHING

QAB2079P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...

28-01-2025
Teknologi

Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model

Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?

20-12-2024
Teknologi

Ciri Apple CarPlay Kini Tersedia Untuk Proton X70 Facelift – Ini Caranya...

Proton kini telah melancarkan ciri sambungan Apple Carplay melalui kemaskini perisian Over-The-Air (OTA) untuk sistem infotainmen SUV ini.

17-10-2024
Berita Auto

Lebih 650K Kenderaan Terima Ciri Terbaharu Apple CarPlay Volvo

Volvo baru-baru ini telah mengumumkan kemas kini sistem Apple CarPlay terbaharu.

04-06-2023
Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.