ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Chery Buka Pendaftaran Minat EV Omoda E5! – Jarak EV 450 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-2.jpg


Pendaftaran Minat (ROI) untuk crossover elektrik, Chery Omoda E5 yang akan datang kini dibuka secara dalam talian.


Anda kini boleh mendaftarkan minat anda untuk crossover elektrik sepenuhnya, Chery Omoda E5, yang bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi. Pada awal hari ini, Chery Malaysia telah melancarkan portal pendaftaran minat (ROI) melalui laman web rasmi mereka.


Buat masa ini, Chery Malaysia masih belum mendedahkan sebarang informasi berkenaan tarikh pelancaran rasmi atau anggaran harga. Walaupun sekiranya perbezaan antara versi enjin pembakaran (ICE) dan elektrik (EV) tidak terlalu jauh, harga model elektrik pastinya lebih tinggi berbanding Omoda 5 standard. 


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-4.jpg


Chery Omoda E5 telah dipertontonkan kepada media pada akhir bulan lalu. Ia dijangka akan dilancarkan dalam suku pertama tahun 2024. 


Untuk makluman, Chery Omoda 5 versi ICE dilancarkan pada bulan Julai tahun ini dengan dua pilihan varian yang berharga RM108,800 dan RM159,800. Prestasi jualan model ini serta model lebih besar, Tiggo 8 Pro, agak memberangsangkan, dan versi EV ini juga dijangka akan mendapat sambutan yang baik. 


Diperkenalkan  buat pertama kalinya kepada media tempatan di China pada bulan Oktober tahun ini, Chery Omoda E5 yang dibawa masuk ke Malaysia pada hujung bulan lalu memiliki sedikit perbezaan. Jika dibandingkan dengan versi pasaran China, Omoda E5 Malaysia kurang dari segi kuasa tetapi mampu mencapai jarak perjalanan yang lebih jauh. 


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-11.jpgweb_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-19.jpg


Omoda E5 dikuasakan oleh pek bateri LFP BYD berkapasiti 61 kWh yang diletakkan di dalam lantai casis, memberi kuasa sebanyak 201 HP dan 340 NM kepada motor elektrik depan.



Omoda E5 menggunakan pek bateri LFP BYD berkapasiti 61 kWh yang ditempatkan di dalam lantai casis, memberi tenaga kepada motor elektrik hadapan. Motor tersebut menggerakkan roda hadapan dengan kuasa 201 HP dan 340 NM, membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa sepantas 7.6 saat.


Pek bateri tersebut boleh menerima input pengecasan AC pada kadar 9.9 kW hingga DC 60 kW. Masa pengecasan DC 39-80% boleh dicapai dalam masa kira-kira 30 minit sahaja. Berdasarkan ujian kitaran CLTC, dengan cas penuh, Omoda E5 boleh mencapai jarak maksimum 450 KM. 


web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-22.jpgweb_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-21.jpg
web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-16.jpgweb_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-18.jpg


Di dalam ruang kabinnya, terserlah ciri mewah dan ‘kepadatan’ teknologi canggihnya. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan ADAS yang membolehkan pemanduan semi-autonomi Tahap 2. 


Antara ciri menyerlah lain ialah reka bentuk fascia hadapan yang khas untuk versi EV, rim dengan jejari jenis ‘tertutup’ bersaiz 18 inci. Di bahagian dalam, terdapat paparan dua buah skrin yang setiap satu bersaiz 12.3 inci, tempat duduk boleh laras automatik yang diberikan balutan kulit faux, kawalan pendingin hawa automatik dan banyak lagi. 


Dari segi keselamatan, Omoda E5 dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih kerana diberikan pakej keselamatan ADAS penih yang memberikan kenderaan keupayaan pemanduan semi-autonomi Tahap 2. Ini bermakna, Omoda E5 bakal menjadi pesaing terhebat BYD Atto 3 di pasaran kelak. 


Apa pendapat anda mengenai EV baharu yang akan memasuki pasaran negara kita tak lama lagi ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 

web_CariCarz_Chery-Omoda-E5_preview_-3.jpg


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.

11-03-2026

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.