ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tiggo 7 Pro Raih ANCAP 5 Bintang! Lepas Ujian Ketat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP.jpg


 Chery Tiggo 7 Pro raih skor penuh dalam ujian keselamatan ketat ANCAP


Chery Tiggo 7 Pro mencapai taraf lima bintang dalam  Program Penilaian Kenderaan Baharu Australia (ANCAP). Model tersebut diuji berdasarkan kriteria ujian kemalangan ANCAP terkini yang diperkenalkan pada awal tahun ini. SUV yang bakal memasuki pasaran Malaysia ini merupakan model kedua daripada Chery yang berjaya menerima skor penuh selepas SUV segmen B, Chery Omoda 5. 


Chery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP-3.jpgChery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP-2.jpg


Tiggo 7 Pro mencapai skor hampir 90% dalam pelbagai kategori


Tiggo 7 Pro merekodkan skor 88% untuk Perlindungan Pemandu Dewasa, 87% untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak, 86% untuk teknologi elak kemalangan Bantuan Keselamatan.


Sementara itu, untuk kategori Perlindungan Pengguna Jalan, SUV China ini berjaya meraih skor 72%, hanya 2% lebih tinggi daripada markah minimum (70%) untuk mendapatkan penarafan penuh lima bintang. 


Chery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP-5.jpgChery-Tiggo7Pro-AustraliaNCAP-4.jpg


Tiggo 7 Pro terima hanya 2% lebih daripada skor minimum bagi kategori Perlindungan Pengguna Jalan untuk mendapatkan ANCAP lima bintang. Fuhh!


Dari segi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Tiggo 7 Pro mencatat prestasi yang baik dalam ujian Sistem Keselamatan Canggih, dengan markah penuh diberikan kepada Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) untuk mencegah perlanggaran dengan kereta di lorong bertentangan. Bagaimanapun, SUV ini kehilangan beberapa mata untuk kedua-dua sistem brek kecemasan autonomi (AEB) dan LKAS dalam mencegah perlanggaran dengan motosikal.


Chery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(7).jpgChery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(4).jpg


Model ini menggunakan enjin petrol turbo 1.6 liter 4 silinder 


Tiggo 7 Pro, yang dilancarkan di pasaran Australia awal tahun ini, dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.6 liter 4 silinder yang dipadankan dengan transmisi CVT, memberikan kuasa sebanyak 184 HP dan tork 275 NM kepada roda hadapan (FWD).


Chery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(10).jpg


Enjin yang digunakan membekalkan kuasa sebanyak 184 HP dan tork 275 NM


SUV generasi kedua ini mempunyai dimensi 4,500 MM panjang, 1,842 MM lebar, 1,746 MM tinggi, dengan jarak roda 2,670 MM. SUV ini ditempatkan sebagai kenderaan segmen C dalam barisan model Tiggo, yang juga merangkumi model seperti SUV-D Tiggo 8 Pro, yang telah dilancarkan di Malaysia dan SUV-B Tiggo 4 Pro yang lebih kecil. 


Chery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(5).jpgChery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(9).jpg


Tiggo 7 Pro merupakan sebuah kenderaan segmen C meletakkannya sebagai pesaing terdekat kepada model-model seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5


Ditawarkan pada harga bermula dari AU$37,030 (RM117,010) di pasaran Australia, Tiggo 7 Pro menjadi alternatif yang menarik untuk model SUV-C yang lebih terkenal seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Hyundai Tucson.


Walaupun Chery Malaysia telah menunjukkan kecenderungan untuk membawa masuk model ini ke pasaran tempatan, Tiggo 7 Pro masih belum membuat kemunculan rasmi setelah lebih setahun sejak acara pengenalan awalnya diadakan. 


Memandangkan syarikat ini kini sedang lebih banyak memberikan tumpuan kepada pelancaran SUV elektrik Chery Omoda E5 dan sub-jenama baharu, Jaecoo, mungkin masih lambat lagi kita dapat melihat kedatangan  Tiggo 7 Pro. 

Chery-Tiggo7Pro-MalaysiaPreview-(2).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

23-12-2025
Global

03-06-2025
Global

05-03-2025
EV

31-01-2025
EV

12-12-2024
Global

12-04-2024
Berita Auto

17-01-2025
Berita Auto

10-12-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.