Skandal Daihatsu: Syarikat Bakal Tanggung Kerugian Cecah RM3.2 Bilion!

Daihatsu mungkin akan berhadapan dengan kerugian sehingga RM3.2 bilion disebabkan penghentian pengeluaran
Berikutan isu skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatan, pengeluar automotif Jepun, Daihatsu, terpaksa menghentikan pengeluarannya di Jepun sementara siasatan lanjut sedang dijalankan. Akibatnya, syarikat ini dijangka akan mengalami kerugian yang besar bukan sahaja disebabkan penghentian pengeluaran tetapi juga kerana perlu memberikan pampasan kepada pembekal tempatan.
Menurut Nikkei Asia, dianggarkan Daihatsu akan mengalami kerugian lebih daripada JPY 100 bilion (~RM3.2 bilion), dengan sebahagian besar daripada jumlah tersebut adalah disebabkan penutupan kilang pengeluaran dan kehilangan kuasa jualan domestiknya, selain pampasan kewangan kepada pembekal.


Walaupun tiada angka yang tepat didedahkan sebagai jumlah pampasan kepada pembekal, dianggarkan syarikat tersebut perlu menanggung kerugian awal mencecah JPY 100 bilion. Buat masa ini, Daihatsu sedang menjalankan rundingan dengan pihak pembekal berkaitan perkara ini. Selain itu, kos yang timbul daripada siasatan yang tertangguh dan ujian keselamatan tambahan juga termasuk dalam kiraan.
Pengumuman penghentian pengeluaran ini dibuat selepas penghantaran dihentikan untuk kesemua 64 model dan tiga siri enjin yang terjejas. Penghentian ini dijangka akan berlangsung sehingga hujung Januari 2024.


Selain daripada risiko kerugian yang besar, Daihatsu mungkin akan dikenakan lebih banyak tindakan dan denda tambahan, bergantung kepada hasil siasatan pihak Kementerian Pengangkutan Jepun. Di samping pemberhentian sementara pengeluaran bagi memberi ruang kepada proses penilaian semula tahap keselamatan kenderaan, pihak berkuasa mungkin akan memberi tindakan lebih keras kepada Daihatsu, termasuk penarikan semula sijil pengeluaran secara besar-besaran.
Walaupun perkara ini berlaku di Jepun, skandal ini nampaknya tidak memberi impak serupa di negara kita. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Perodua telah meneruskan operasinya. Dalam kenyataan rasminya, Perodua tidak menyebut sebarang rancangan untuk menghentikan usaha pengeluaran.
UMW Toyota Motor (UMWT) juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai skandal ini, dengan firma itu kini "bekerjasama rapat dengan badan pengawal selia untuk menangani perkara ini dengan segera dan secara terbuka" sambil mengekalkan komitmen untuk terus membekalkan kenderaannya kepada pasaran tempatan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024
Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
14-02-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan gara-gara salah laku ujian keselamatan.
22-05-2023
Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya
Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .
09-05-2023
Axia Selamat! Tidak Terkesan Penipuan Ujian Daihatsu – Perodua
PERODUA memberi jaminan penuh bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada model baharu Perodua Axia masih sah.
30-04-2023
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
