Patutlah Brek Lori Selalu 'Tak Makan,' JPJ Dedah Isu Sebenar...

Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, membuat pemeriksaan cukai jalan dan brek lori semasa Ops Khas Kenderaan Komersil Bersepadu (Sumber: Astro Awani)
Penggunaan alat ganti 'recon' atau berkualiti rendah pada kenderaan komersial seperti lori dan bas menjadi punca utama kegagalan brek semasa pemeriksaan oleh PUSPAKOM.
Pengarah JPJ Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, mengesahkan penemuan 50 kenderaan komersial yang gagal ujian brek di Perlis sepanjang tahun ini. Keadaan ini cukup membimbangkan kerana kebanyakan kemalangan melibatkan lori, treler, atau bas disebabkan oleh kegagalan brek untuk berfungsi dengan baik.

Kejadian yang berlaku pada April tahun ini, sebuah lori yang mengalami kegagalan brek telah menyebabkan kemalangan dengan lapan kenderaan lain (Sumber: Utusan)
“Kenderaan berat atau kenderaan barangan atau perkhidmatan awam lazimnya seperti bas akan membabitkan orang ramai seperti penumpang yang dibawa manakala kenderaan barangan ini pula, sekiranya melanggar orang lain juga boleh mengakibatkan keadaan yang teruk,” katanya.
Kebanyakan isu kegagalan brek kenderaan semasa pemeriksaan PUSPAKOM disebabkan oleh penggunaan alat ganti yang tidak berkualiti tinggi.

Kemalangan yang disebabkan oleh kegagalan brek lori ini telah menyebabkan kematian seorang lelaki dan dua anak. Kejadian berlaku di Chukai, Terengganu pada September lalu (Sumber: Astro Awani)
“Kita tengok pemilik atau pemandu kenderaan ini banyak menggunakan ‘spare part’ yang tidak bermutu tinggi dan sekiranya had umur kenderaan itu melebihi 10 tahun lagilah kita boleh lihat pelbagai kegagalan dari segi sistem brek berlaku.
“Malah, saya difahamkan ada juga sistem brek yang digunakan ini adalah dari jenis ‘recon’ dan ada yang dibeli secara dalam talian (online) menerusi platform pembelian dalam talian menyebabkan kualitinya kurang bermutu.
“Kita sudah pun menjalankan advokasi keselamatan jalan raya terhadap syarikat kenderaan barangan supaya mereka memahami situas yang berlaku ini dan sepatutnya menerusi pemeriksaan berkala setiap enam bulan ini, kegagalan dalam ujian brek tidak harus berlaku,” katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nak Subsidi Diesel? Wajib Buat Penyelenggaraan Berkala – Pakar
Kemalangan tragis yang meragut tujuh nyawa pada 23 Disember baru-baru ini telah menimbulkan persoalan tentang sejauh mana aspek penyelenggaraan kenderaan berat diberikan perhatian sebelum dibenarkan untuk bergerak di jalan raya.
30-12-2024
"Pemeriksaan Kenderaan Komersial Tidak Boleh Dikurangkan Sewenang-Wenangnya." - MOT
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan dengan sewenang-wenangnya.
22-06-2023
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge