ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Crown Sport: Harga Bikin Lemah Semangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Jepun menawarkan varian terbaharunya Crown Sport dalam versi plug-in hybrid (PHEV)  ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Versi PHEV terbaharu ini dikatakan menawarkan casis yang lebih sporty, lebih berkuasa dan apa yang penting, ia menawarkan pelepasan karbon sifar.

Crown Sport PHEV ini disumbat dengan enjin petrol 2.5 liter dengan dua motor elektrik untuk setiap gandar

Secara keseluruhannya, ia menawarkan kuasa setakat 302 hp dimana kuasa dihantar kepada semua roda melalui sistem 4WD E-Four.

image.png

Kapasiti bateri yang lebih besar dan output kuasa elektrik yang lebih tinggi menyaksikan varian PHEV ini menawarkan kuasa 70 hp iaitu lebih tinggi berbanding varian HEV yang cuma menawarkan kuasa 231 hp.

Sistem pengecasan pantas dan standard turut disokong, di mana pengecasan pantas membolehkan bateri mencapai 80 peratus kapasiti dalam masa 38 minit sahaja.

image.png

Dari segi kecekapan bahan api, jentera ini dikatakan boleh bergerak melebihi 1,200 km sekiranya tangka penuh.

Difahamkan, bagi menyesuaikan output yang dipertingkatkan, Toyota telah mempertingkatkan casis Crown Sport PHEV. 

Ia kini terdapat pendakap  tambahan untuk meningkatkan keseimbangan ketegaran badan, manakala penyerap hentak dan sistem suspensinya juga telah diubah suai.

image.pngimage.png

Crown Sport ini juga didatangkan dengan  rim aloi bersaiz 21 inci, sistem brek yang terdiri daripada angkup enam omboh dan rotor brek berliang pada roda hadapan.

Jentera ini juga dilengkapi dengan fungsi "My Room Mode".

Ini bermakna pengguna boleh menikmati sistem audio dan pendingin hawa menggunakan bekalan kuasa luar semasa kereta dicas.

image.png

Bukan itu sahaja, jentera ini juga hadir dengan fungsi kenderaan-untuk-muatan (V2L) yang boleh membekalkan kuasa kuasa maksimum 1,500 W dimana ia boleh digunakan sekiranya kehabisan bateri atau kecemasan.

Menjengah bahagian kabinnya pula, ia dipadankan dengan  warna dua tona merah dan hitam, tempat duduknya agak sporty dan tali pinggang keledar berwarna merah.

image.png

Maka tidak hairanlah Crown Sporty ini  dikatakan  versi paling mahal dikeluarkan setakat ini kerana ia dijual pada harga 7,650,000 yang (lebih kurang RM247,761) di Jepun.

Untuk itu, Toyota Jepun meletakkkan sasaran jualan 300 unit sebulan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-12-2023
Global

13-04-2023
Global

20-02-2026
Global

02-02-2026
Global

23-01-2026
Global

22-11-2025
Berita Auto

05-11-2025
Global

21-10-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.