Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu Audi e-tron - SQ8 e-tron dan SQ8 Sportback e-tron.
Dua model berprestasi tinggi baharu di dalam rangkaian eletrik SUV dan crossover Audi SQ8 e-tron itu ditawarkan pada harga RM 519,990 manakala bagi SQ8 Sportback e-tron RM529,990 .
Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata e-tron merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) pertama Audi dengan Q8 e-tron menjadi model flagship.


“Dengan kehadiran SQ8 e-tron baharu melalui rekaan klasik SUV dan rekaan Sportback yang lebih sporty, kami kini menawarkan varian Q8 e-tron berkuasa tinggi untuk mereka yang mahulan pemanduan lebih mengujakan bersama teknologi Audi yang dinamik serta efisien.
“Selain sistem pacuan semua roda quattro elektrik yang menjadi signatur Audi, kedua-dua model ini juga dilengkapi tiga unit motor, sekali gus menjadi model EV pertama di Malaysia yang mempunyai rangkaian kuasa dengan 3 motor,” katanya.
Untuk makluman anda, SQ8 e-tron hadir dengan tiga unit motor tak segerak (asynchronous), dua unit dipasang pada gandar belakang untuk menggerakkan setiap roda secara berasingan.
Ini menjadikannya model keluaran massa pertama Audi yang menggunakan tiga motor.
Gandar hadapan dipacu oleh motor elektrik dengan kuasa puncak 124 kW (1 kW = 1.36 PS).
Pada gandar belakang pula, dua unit motor elektrik menjana kuasa 98kW secara berasingan. Dalam mode boost, motor hadapan menghasilkan kuasa mencecah 157 kW, manakala dua motor di belakang mampumenjana sehingga 138kW setiap satunya.
Ini membolehkannya menjana kuasa mencecahi 433kW, tetapi output kuasa keseluruhan sistem tersebut dihadkan kepada 370kW menerusi pek bateri 114 kWh.

Menyentuh mengenai daya pecutan, ia dikatakan sama sahaja seperti sebuah kereta sport dimana ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.5 saat manakala pecutan maksimum pula 210km/j.
Difahamkan, rangkaian kuasa 3 motor itu turut meningkatkan pengendalian di laluan bengkang-bengkok.
Mengenai pengecasannya pula, sistem elektrikal yang canggih pada SQ8 e-tron boleh mengendali bekalan pengecasan sehingga 170 kW di poin pengecasan DC untuk tempoh pengecasan yang cukup singkat.
Tempoh pengecasan di poin pengecas pantas DC boleh sepantas 31 minit daripada 10% ke 80% (SoC).
SQ8 e-tron Sportback dikatakan boleh bergerak sejauh 471 kilometer manakala SQ8 e-tron pula 458km.
Soket pengecasan juga boleh menerima 3 mod pengecasan AC standard yang menggunakan Wallbox di rumah atau stesen pengecasan awam.
Dengan pengecasan AC, masa yang diperlukan adalah sekitar 9.15 jam hingga 11.30 jam, bergantung kepada bekalan kuasa elektrik. Terdapat juga pengecas on-board yang membolehkan jentera ini dicaj sehingga 22kW daripada pengecas AC.
Bagi memudahkan pengguna, SQ8 e-tron mempunyai soket pengecasan tambahan di sebelah sisi kenderaan.
Ini akan membuatkannya lebih mudah untuk disambungkan di mana-mana stesen pengecasan di tepi jalan. Pemandu juga boleh mengawal jadual pengecasan melalui Audi Multi Media Interface (Audi MMI) di dalam kereta.
Dalam 90% dalam semua situasi membrek, SQ8 e-tron tidak akan menggunakan brek cakeranya.
Sebaliknya, sistem SQ8 e-tron sebenarnya boleh pulih kembali melalui motor elektrik sahaja, tanpa memerlukan brek konvensional yang berfungsi sebagai generator, menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik yang kemudian disimpan dalam bateri.
Platform MEB Evo
SQ8 e-tron dibangunkan berdasarkan platform chasis elektronik MEB Evo dimana ia mempunyai suspensi udara adaptif sport dengan kawalan redaman untuk roda depan dan belakang.
Ia berupaya mengadaptasi kondisi jalan yang berbeza dengan tepat manakala aspek keselesaan dan kestabilan dapat dikekalkan sepanjang masa.
Malah, ketinggiannya juga boleh melaraskan secara automatik sehingga lebih 76mm.
Di atas lebuh raya, kenderaan boleh direndahkan sebanyak 26mm untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik dan kestabilan.
Ini bermakna, apabila memandu di atas permukaan jalan yang lebih kasar (menggunakan mode Offroad), jarak kelegaan tanah akan ditingkatkan dari 35mm kepada 50mm.
KABIN
Menjengah bahagian SQ8 e-tron, ia mempunyai kabin seperti model-model mewah Audi yang lain.
Bagi mengekalkan imej yang lebih sporty, tempat duduk hadapan dibalut dengan kulit Valcona bersama logo “S”.
Kombinasi material kulit pada bahagian atas papan pemuka serta kemasan karbon dan aluminium di ruang bawahnya menyerlahkan imej mewah dan berteknologi tinggi.
Ruang itu dipertingkatkan lagi dengan ciri Ambient Lighting Package plus serta lampu LED pada pintu hadapan dan belakang.
Sistem kawalan suhu 4 zon memastikan agihan udara segar dan sejuk ke semua penjuru kabin.
Sistem itu turut dilengkapi ionizer udara dengan ciri aromatik yang boleh diubah suai oleh penumpang bagi mendapatkan kualiti udara terbaik.
Audi Virtual Cockpit kini lebih berorientasikan kepada pemandu apabila panel instrumen diintegrasikan dengan papan pemuka dan paparan yang kemas.
Selain dua paparan sentuh MMI yang diposisikan ke arah pemandu, terdapat juga butang operasi berwarna hitam berkilat dengan maklum balas haptik.
Paparan antara muka telefon pintar membolehkan integrasi dengan kebanyakan peranti iOS dan Android, lengkap bersama Audi MMI untuk mengawal ciri-ciri seperti navigasi, muzik dan aplikasi-aplikasi terpilih.
Audio sistem premium Bang & Olufsen dengan 3D membolehkan anda alami muzik seperti yang dirakam, dengan dimensi bunyi keliling.

Sistem ini mempunyai satu unit amplifier yang efisen untuk memacu 16 unit pembesar suara berkapasiti 705 watts.
SQ8 e-tron juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana memiliki sistem keselamatan pasif dan aktif yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, amaran penukaran lorong, bantuan membelok dan melencong, serta bantuan lintasan trafik depan dan belakang.
Ciri keselamatan standard yang lain termasuk sistem beg udara SRS di sisi dan belakang, pakej keselamatan kanak-kanak dengan cagak tempat duduk ISOFIX, top tether dan sistem pemantauan tekanan tayar.
Bagi memudahkan urusan parkir, SQ8 e-tron dilengkapi pakej Park Assist bersama ciri park assist plus yang membantu mengesan ruang parkir yang kosong, kemudian memarkir kenderaan tanpa memerlukan input stereng daripada pemandu.
SQ8 e-tron didatangkan dalam pilihan warna yang luas termasuklah kelabu (Magnet Gray), biru (Ultra Blue), kelabu (Chronos Gray), hitam (Mythos Black), biru (Plasma Blue), kelabu (Daytona Gray) dan putih (Glacier White).
Kedua-dua varian SQ8 e-tron boleh dibeli bersama pilihan Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan jaminan lanjutan kenderaan sehingga 5 tahun dengan penyelenggaraan berjadual secara percuma untuk 3 tahun pertama dan bantuan tepi jalan percuma bagi 5 tahun pertama.

Sistem bateri pula dilindungi secara berasingan menerusi jaminan selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 160,000 km. Semua jaminan ini tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut mengenai SQ8 e-tron dan model-model lain dalam rangkaian e-tron, sila kunjungi bilik pameran terdekat Audi atau layari laman web www.audi.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad
PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.
06-11-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai
PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
28-07-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Audi & Import Parallel.
PHSAM menawarkan kempen selepas jualan.
13-07-2023
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
