Gentari & KPJ Lancar Pengecas EV DC & AC Pertama Di Menara KPJ
-full_normal.webp)
Penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, KPJ Healthcare Berhad (KPJ), baru-baru ini telah melancarkan secara rasmi stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) pertamanya. Penyediaan stesen pengecas EV ini adalah hasil memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani bersama Gentari pada bulan Julai 2023.
-full_normal.webp)
Stesen pengecas EV pertama di bawah KPJ ini telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare, Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razalli di Menara KPJ di Jalan Tun Razak.
Kemudahan pengecas EV yang disediakan menunjukkan komitmen KPJ Healthcare untuk mempraktikkan amalan mesra alam, sejajar dengan visi Malaysia untuk masa depan yang mampan.
-full_normal.webp)
Menurut sumber kami di Gentari, fasiliti di Menara KPJ terdiri daripada empat Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) yang dilengkapi satu pengecas DCFC 60 kW dengan dua kabel sambungan pengecas untuk pengecasan dua EV secara serentak. Turut disediakan, sepasang pengecas AC 22 kW. Sebaik stesen ini mula beroperasi, kadar pengecasannya dijangka RM1.20/kWh (DC) dan RM0.90/kWh (AC).
Sebagai langkah seterusnya, KPJ mendedahkan rancangan untuk memperluaskan pemasangan stesen ke sembilan hospital pakar lain di seluruh Malaysia di bawahnya. Antaranya ialah Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, KPJ Tawakkal, KPJ Ampang Puteri, KPJ Selangor, KPJ Kajang, KPJ Klang, KPJ Seremban, KPJ Johor dan KPJ Bandar Dato' Onn.
-full_normal.webp)
Kumpulan KPJ juga menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sejumlah 32 stesen pengecas di seluruh negara yang boleh diakses melalui aplikasi Setel, JomCharge dan ChargEV sebaik menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Dr. Nik Fawaz juga menekankan bahawa langkah strategik ke arah ekosistem penjagaan kesihatan yang mampan ini dapat dijadikan standard terbaru industri, iaitu untuk terlibat aktif dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon, serta meningkatkan pengalaman pesakit.
![]()
Tambah beliau, dengan cara ini, KPJ juga dapat memainkan peranan aktif dalam membantu kerajaan untuk mencapai sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 serta merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia negara sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.
Setelah Fasa 1 diselesaikan, Gentari akan meneroka potensi penyediakan stesen pengecas EV di hospital-hospital KPJ lain dan meneroka potensi kenderaan elektrik dengan KPJ.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan
MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.
29-11-2024
Dalam Sebulan Lagi, Gentari Hasrat Bina 550 Poin Pengecasan EV
Gentari menyasarkan membina antara 500 sehingga 550 stesen pengecasan EV di seluruh negara.
16-11-2024
Naza Auto Sedia Pengecas EV di Seluruh Negara Bersama Gentari
Naza Automotive Holdings Sdn Bhd (Naza Auto) kini bekerjasama dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari).
19-04-2024
Gentari Go Rasmi Di M'sia! 1 Aplikasi Pelbagai Fungsi Untuk Pemilik EV, Ini Yang Menarik...
Gentari lancarkan aplikasi Gentari Go. Ini apa yang menarik...
22-02-2024
Sime Darby & Gentari Bekerjasama Majukan Infrastruktur EV
Sime Darby Motors (SDM) dan Gentari Sdn Bhd, menandatangani MoU untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur pengecasan EV.
14-10-2023
Gentari, BMW Malaysia Meterai Kerjasama Bangunkan Ekosistem Pengangkutan Hijau
Gentari Green Mobility Sdn Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia.
07-08-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Gentari dan City Energy Meterai MoU Bangunkan Pengecas EV Rentas Sempadan Malaysia-Singapura
City Energy dan Gentari Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengecasan EV.
19-04-2023
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge