GWM Ora Good Cat Pasaran Thailand – CKD, Bateri Tempatan

GWM Ora Good Cat, kini dipasang secara tempatan (CKD). Dibangunkan dengan bateri EV buatan Thailand, daripada SVOLT.
Thailand mencatatkan perkembangan penting dalam industri pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dengan pengenalan GWM Ora Good Cat sebagai jenama China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.
Kereta elektrik dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada kucing itu dihasilkan di kilang GWM yang bertempat di Rayong, Thailand, yang merupakan fasiliti pengeluaran GWM yang kedua terbesar di luar negara China. Bukan itu sahaja, Ora Good Cat juga diberikan 'DNA' Thailand kerana dibangunkan dengan menggunakan bateri EV daripada Thailand.



Acara khas telah diadakan untuk merasmikan GWM Ora Good Car sebagai model EV China pertama yang dipasang secara CKD di Thailand.
Bateri tersebut dikeluarkan oleh anak syarikat pengeluaran bateri GWM, SVOLT Energy Technology di Chonburi, Thailand. Anak syarikat ini telah mendirikan kilang pengeluaran bateri sejak Julai 2023, yang merupakan satu langkah penting yang dapat menaikkan negara Thailand sebagai peneraju dalam industri pengeluaran EV di rantau ini.
Sebelum ini, GWM Ora Good Cat dijual di Thailand sebagai produk import sepenuhnya (CBU) yang menggunakan bateri berkapasiti 47.8 kWh pada varian Tech dan Pro, dan 63.1 kWh pada varian Ultra dan GT.
Untuk model yang akan datang, iaitu Ora Good Cat buatan Thailand akan menggunakan pakej bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) 57.7 kWh daripada SVOLT di Thailand. Model ini akan ditawarkan dalam varian Pro dan Ultra, dengan jarak atas kertas (NEDC) masing-masing sebanyak 480 KM dan 460 KM.

Untuk pasaran Thailand, GWM Ora Good Cat EV hatch ditawarkan dalam dua varian - Ultra dan GT.
"Upacara Line-Off GWM ORA Good Cat baharu merupakan satu pencapaian penting yang menunjukkan keupayaan syarikat untuk mengeluarkan GWM ORA Good Cat baharu secara besar-besaran daripada barisan pengeluaran tempatan," ujar Naib Presiden ASEAN, Jenama & Komunikasi GWM, Michael Zhang.

Zhang menambah bahawa usaha ini menjadikan GWM sebagai pengeluar automotif pertama di Thailand dengan keupayaan pengeluaran EV penuh, mampu menghasilkan pelbagai model dengan rangkaian kuasa HEV, PHEV dan BEV.
Bagi GWM, perkembangan terkini ini adalah sebahagian daripada pertumbuhan dalam sektor EV di Thailand, di mana Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) telah meluluskan 23 projek EV daripada 16 syarikat. Selain GWM, Honda adalah pengeluar pertama yang memulakan pengeluaran EV tempatan di Thailand tahun lalu dengan model e:N1.
Di pasaran negara kita, GWM Malaysia juga bersedia memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) di sebuah kilang di Melaka melalui kerjasama dengan EP Manufacturing Sdn Bhd. Berdasarkan MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua organisasi, fasiliti pengeluaran di Melaka dijangka akan menghasilkan sebanyak 30,000 kenderaan setiap tahun bermula tahun depan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9385
SELANGOR
BST4705
JOHOR
JD6472J
PULAU PINANG
PSF3445
PERAK
APL2673
PAHANG
CFH6337
KEDAH
KGH8774
NEGERI SEMBILAN
NEL7048
KOTA KINABALU
SJT9135
KUCHING
QAB5215P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik
GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
06-11-2025
EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini
Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.
31-10-2025
GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
02-09-2025
GWM ORA Good Cat Raih 97% Green NCAP – EV Comel Paling Mesra Alam
GWM ORA Good Cat telah menerima pengiktirafan tertinggi daripada Green NCAP.
06-02-2024
Ora Good Cat Kecil Tapi Padu, Boleh Jelajah Luar Negara
GWM menganjurkan GWM EV Convoy Tour baru-baru ini.
10-08-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Naik Genting Highlands dengan GWM Ora Good Cat – Cukup Ke Dengan Bateri 50%?
Naik Genting Highlands dengan GWM Ora Good Cat – Cukup Ke Dengan Bateri 50%?
19-06-2023
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
