ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

GWM Ora Good Cat Pasaran Thailand – CKD, Bateri Tempatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

419481930_391852326750866_8501068644383846694_n.jpg


GWM Ora Good Cat, kini dipasang secara tempatan (CKD). Dibangunkan dengan bateri EV buatan Thailand, daripada SVOLT. 


Thailand mencatatkan perkembangan penting dalam industri pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dengan pengenalan GWM Ora Good Cat sebagai jenama China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.


Kereta elektrik dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada kucing itu dihasilkan di kilang GWM yang bertempat di Rayong, Thailand, yang merupakan fasiliti pengeluaran GWM yang kedua terbesar di luar negara China. Bukan itu sahaja, Ora Good Cat juga diberikan 'DNA' Thailand kerana dibangunkan dengan menggunakan bateri EV daripada Thailand


419350829_391852156750883_6967044961965957696_n.jpg419368342_391851823417583_3501833912041601933_n.jpg419531790_391852036750895_2686601054228521736_n.jpg


Acara khas telah diadakan untuk merasmikan GWM Ora Good Car sebagai model EV China pertama yang dipasang secara CKD di Thailand. 



Bateri tersebut dikeluarkan oleh anak syarikat pengeluaran bateri GWM, SVOLT Energy Technology di Chonburi, Thailand. Anak syarikat ini telah mendirikan kilang pengeluaran bateri sejak Julai 2023, yang merupakan satu langkah penting yang dapat menaikkan negara Thailand sebagai peneraju dalam industri pengeluaran EV di rantau ini. 


Sebelum ini, GWM Ora Good Cat dijual di Thailand sebagai produk import sepenuhnya (CBU) yang menggunakan bateri berkapasiti 47.8 kWh pada varian Tech dan Pro, dan 63.1 kWh pada varian Ultra dan GT. 


Untuk model yang akan datang, iaitu Ora Good Cat buatan Thailand akan menggunakan pakej bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) 57.7 kWh daripada SVOLT di Thailand. Model ini akan ditawarkan dalam varian Pro dan Ultra, dengan jarak atas kertas (NEDC) masing-masing sebanyak 480 KM dan 460 KM.


419279500_391851760084256_7166565200901969995_n.jpg


Untuk pasaran Thailand, GWM Ora Good Cat EV hatch ditawarkan dalam dua varian - Ultra dan GT.


"Upacara Line-Off GWM ORA Good Cat baharu merupakan satu pencapaian penting yang menunjukkan keupayaan syarikat untuk mengeluarkan GWM ORA Good Cat baharu secara besar-besaran daripada barisan pengeluaran tempatan," ujar Naib Presiden ASEAN, Jenama & Komunikasi GWM, Michael Zhang.


web_GWM-ORA-Good-Cat-500-Ultra-1.jpg


Zhang menambah bahawa usaha ini menjadikan GWM sebagai pengeluar automotif pertama di Thailand dengan keupayaan pengeluaran EV penuh, mampu menghasilkan pelbagai model dengan rangkaian kuasa HEV, PHEV dan BEV. 


Bagi GWM, perkembangan terkini ini adalah sebahagian daripada pertumbuhan dalam sektor EV di Thailand, di mana Lembaga Pelaburan Thailand (BOI) telah meluluskan 23 projek EV daripada 16 syarikat. Selain GWM, Honda adalah pengeluar pertama yang memulakan pengeluaran EV tempatan di Thailand tahun lalu dengan model e:N1.


Di pasaran negara kita, GWM Malaysia juga bersedia memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) di sebuah kilang di Melaka melalui kerjasama dengan  EP Manufacturing Sdn Bhd. Berdasarkan MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua organisasi, fasiliti pengeluaran di Melaka dijangka akan menghasilkan sebanyak 30,000 kenderaan setiap tahun bermula tahun depan. 


419605963_391851946750904_200653744715898210_n.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9385

SELANGOR

BST4705

JOHOR

JD6472J

PULAU PINANG

PSF3445

PERAK

APL2673

PAHANG

CFH6337

KEDAH

KGH8774

NEGERI SEMBILAN

NEL7048

KOTA KINABALU

SJT9135

KUCHING

QAB5215P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

15-01-2024
Kereta Baru

06-11-2025
Kereta Baru
Berita Auto

20-11-2024
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.