Negara Jiran Dah Dapat EV9, M'sia Bila Lagi?

Pameran 2024 Singapore Motorshow (SGMS) turut menyaksikan beberapa model baharu mendarat di negara republik itu.
Selain BMW X2 baharu, pameran berkenaan turut mengalu-alukan kedatangan SUV Kia EV9 versi elektrik yang sudah dibawa masuk ke pasaran Singapura pada bulan ini.
Hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal iaitu GT-Line, ia akan didatangkan dengan kemasan khas GT di bahagian luarannya.

Antara peralatan yang terdapat pada SUV ini ialah kit badan Gt-Line, rim aero 19 inci, lampu depan LED, gril dengan lampu corak, kamera di cermin sisi, pemegang pintu tersembunyi, bumbung panaromik dan sebenarnya ada banyak lagi ciri lain.
Ia berukuran sepanjang 5,015 mm, selebar 1,980 mm dan setinggi 1,780 mm manakala jarak roda pula 3,100 mm.
SUV ini turut menawarkan tiga barisan tempat duduk.

Untuk pasaran Singapura, ia didatangkan dengan susun atur enam tempat duduk iaitu konfigurasi 2-2-2.

Bagaimanapun, pelanggan boleh juga memilih kerusi kapten di barisan tempat kedua dimana ia boleh dipusingkan 180 darjah.


Selain mengenai kerusinya, bahagian dalamannya menawarkan beberapa amenity lain seperti paparan infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan kluster instrumen digital 12.3 inci, sistem audio Meridien 14-speaker, kawalan pendingin di barisan tempat duduk kedua dan ketiga.
Dari segi bateri, EV9 GT-Line disumbat dengan pek bateri polimer litium-ion 99.8-kWh serta dua motor elektrik sekali gus membolehkannya ia menghasilkan kuasa setakat 380 hp dan 700 Nm.
Walaupun saiznya besar, ia dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam enam saat dan mencapai laju maksimum 200 km/j.

Ia juga boleh bergerak sejauh 512 kilometer dengan sekali cas.
Mengenai pengecasan pula, dengan AC, ia boleh mengecas sehingga 11 kW (10-80% dalam masa lapan jam tujuh minit), sementara DC hingga 350 kW (10-80% Soc dalam masa 24 minit).
SUV elektrik ini dijual pada harga RM1 juta di Singapura namun harganya itu tidak termasuk dengan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE).

Jika negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia sudah menerima Kia EV9, nampaknya ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge