SUV Garang, Jaecoo J8 Dipertontonkan – Bakal Tiba Di Pasaran Separuh Kedua 2024

Selain J7, Jaecoo turut memperkenalkan SUV J8 yang dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada separuh kedua tahun 2024.
Selain J7, semasa acara pratonton eksklusif yang diadakan, Jaecoo turut mempamerkan SUV segmen D, Jaecoo J8 atau dikenali sebagai Chery Tiggo 9 di pasaran China. J8 dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun 2024.
Sebelum ini, ia pernah dipertontonkan buat pertama kalinya semasa acara Chery International User Summit (CIUS) tahun lalu. SUV gergasi ini berukuran 4,820 MM (panjang), 1,930 MM (lebar), 1,699 MM (tinggi) dan dengan jarak antara roda 2,820 MM.


Dibangunkan di atas platform T1X, sama seperti Chery Tiggo 8 Pro, J8 dijangka akan hadir sebagai pesaing bagi model-model seperti Mazda CX-8, Kia Sorento, Hyundai Santa Fe dan Proton X90 dalam pasaran SUV segmen D yang kompetitif.
Model yang dipertontonkan di majlis ini ialah unit pemanduan sebelah kiri yang dibangunkan khas untuk pasaran antarabangsa, jadi kita boleh menjangkakan perubahan atau berbezaan spesifikasi untuk versi yang akan dipasarkan di negara kita kelak.
Secara keseluruhannya, dari segi rekaan, badan J8 kelihatan gagah dengan ‘muka’ atau sudut hadapan yang garang, aura ini diserlahkan oleh gril besar dengan garis menegak di sudut ini. Gril ini diapit oleh lampu LED.




Sama seperti J7, dari tepi, J8 juga dilengkapi dengan pemegang pintu jenis terbenam dan memiliki garis bahu yang tajam. Pada bahagian tayar, SUV ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20 inci.
Di bahagian belakang, J8 mempamerkan lampu belakang LED dengan tulisan Jaecoo memisahkan kedua-dua lampu. Menyerlahkan lagi sudut ini ialah lampu LED halus yang memanjang.




Selain daripada varian dua baris lima tempat duduk, Jaecoo J8 turut ditawarkan dalam versi tiga baris enam/tujuh tempat duduk.
Bergerak ke bahagian dalam, J8 dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih dan kelengkapan yang memaksimumkan keselesaan.
Di bahagian hadapan terdapat dwi-skrin bersaiz 12.3-inci, papar pandu (HUD), papan pemuka (dashboard) dan panel pintu dengan tekstur veneer kayu, konsol tengah jenis terapung dengan pad pengecas tanpa wayar, sistem pencahayaan ambien, bumbung suria panoramik penuh, serta tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik dan memiliki fungsi pengudaraan.


J8 merupakan sebuah SUV dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang dikuasakan oleh enjin turbo 4-silinder 2.0 liter yang boleh menghamburkan kuasa setinggi 245 HP dan mencapai tork 385 NM (enjin sama yang digunakan pada Chery Tiggo 8 Pro). Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan.

Dua pilihan sistem pacuan ditawarkan iaitu pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD) seperti unit yang dipamerkan ini. Untuk pasaran lain, J8 turut ditawarkan dalam varian yang menggunakan sistem hibrid plug-in (PHEV).
Seperti yang kami maklumkan di awal artikel, Jaecoo J8 dijadualkan akan mendarat di pasaran kita pada separuh kedua tahun ini. Buat masa ini, tiada spesifikasi awal atau harga tentatif yang didedahkan oleh Jaecoo Malaysia, tetapi kami diberitahu oleh pihak dalaman bahawa J8 juga akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, sama seperti J7.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir
Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
06-01-2026
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
'Content Creator' & Golongan Profesional Boleh Beli Jaecoo J7 Dengan Diskaun Khas
Jenama kenderaan premium dari China, Jaecoo Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Program Rakan Profesional atau Professional Affiliates Programme (PAP).
06-05-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Jaecoo J8 Dipertontonkan – CKD, Lancar Mei 2025
Jaecoo, hari ini telah mempertontonkan SUV flagship, Jaecoo J8, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai model CKD pada Mei 2025
26-03-2025
Jaecoo J7 PHEV Tiba Di Pusat Pengedaran Seluruh Malaysia – Penghantaran Bakal Bermula
Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa kumpulan pertama model Jaecoo J7 PHEV kini telah tiba di pusat jualan dan bilik pameran di seluruh negara,
18-03-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

