36 Jurutera Terlibat Dalam Pembangunan Enjin Rotari

Sudah bukan rahsia lagi, Mazda mahu membawa semula enjin rotari memandangkan unit baharu SP Concept yang cukup menakjubkan telah diperkenalkan pada tahun lepas.
Bagi mengukuhkan komitmennya, Mazda telah menubuhkan pasukan pembangunan enjin rotari yang dikenali sebagai 'RE Development Group'.


Pasukan yang terdiri daripada 36 jurutera ditugaskan untuk membangunkan enjin rotari tersebut.
Kali terakhir enjin rotari dihasilkan ialah pada tahun 2012 apabila Mazda akhirnya menghentikan pengeluaran kereta sports yang menggunakan enjin rotari, RX-8 Spirit R.

Buat masa ini, syarikat jenama Jepun itu tidak hanya mengatakan bahawa unit rotari baharu akan menjadi asas untuk "kereta-kereta baharu yang akan mengujakan para pelanggannya.
Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Katsuhiro Moro sebelum ini memberikan petunjuk bahawa model enjin rotari akan dibawa kembali semula.
Bercakap semasa pameran Tokyo Auto Salon 2024 bulan lalu, Moro berkata:
"Saya sangat gembira dan sangat terharu dengan semua sokongan dan galakan yang saya terima untuk kereta konsep sport kompak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. .
“Dengan galakan anda, kami akan menubuhkan pasukan pembangunan enjin rotari pada 1 Februari nanti (semalam) bagi menerokai enjin tanpa omboh itu,"ujarnya.

Mazda menegaskan bahawa enjin rotari baharu itu akan digunakan sebagai penjana sistem elektrik baterinya, seperti yang digunakan oleh MX-30 e-Skyactiv R elektrik.
Dalam kes Iconic SP, satu enjin rotari dua pemutar digunakan untuk mengisi pek bateri, yang kemudian akan memacu motor elektriknya.
Apa yang menarik, Mazda mendakwa bahawa enjin rotari itu boleh menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui termasuk hidrogen dan petrol.
Menyentuh mengenai Iconic SP, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 365 hp.

Dari segi dimensi, kereta konsep ini berukuran 4,180 mm panjang, selebar1,850 mm lebar, dan setinggi 1,140 mm sekali gus , menjadikannya lebih besar sedikit daripada model kereta sports Mazda terkini seperti MX-5 Miata RF.
Di sebalik semua ini, sekiranya Mazda membuat keputusan untuk menghasilkan kereta Iconic SP yang boleh digunakan atas jalan raya, maka ia akan menjadi kereta sports ke-13 Mazda yang menggunakan enjin rotari.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge