Ford Ada Pasukan Skunk Works Untuk Cipta EV Murah

Ford mengumumkan bahawa pihaknya sedang membangunkan strategi baharu untuk kenderaan elektriknya supaya ia dapat menyaingi pembuat kereta dari China.
Untuk itu, Ford akan bekerjasama dengan beberapa syarikat gergasi kereta lain untuk mengurangkan harga bateri bagi kenderaan elektriknya.
Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor, Jim Farley mengakui syarikat seperti BYD yang menawarkan EV mampu milik dilihat satu cabaran besar buat Ford.

"Jika anda tidak dapat bersaing dengan orang Cina di seluruh dunia, anda berisiko kehilangan pendapatan antara 20 peratus hingga 30 peratus dalam beberapa tahun akan datang," katanya ketika berucap di persidangan di Wolfe Research.
Pada tahun ini, Ford menjangkakan ia akan mengalami kerugian atara ia akan kerugian antara AS$5 hingga AS$5.5 bilion dalam segmen EV.

Jadi, Ford telah menubuhkan sebuah pasukan khas Skunk Works untuk membangunkan reka bentuk kejuruteraan kenderaan yang boleh digunakan untuk mencipta EV mampu milik.
“Menerusi strategi ini, kami dapat menyaingi model-model EV seperti BYD Seagull,” tambahnya.
Malah, Ford juga dikatakan merancang untuk menjual lebih banyak hibrid dalam jangka masa terdekat ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge