ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Proton Di Brunei Meningkat 87% Tahun Lalu, Ini Model Terlaris...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship.jpg


Proton X50


Pengeluar kereta nasional, PROTON mencatatkan rekod jualan terbaru bagi tahun lalu di Brunei Darussalam.


Jualan PROTON di Brunei meningkat sebanyak 87% pada tahun 2023, sebanyak 789 unit berbanding 422 unit pada tahun 2022. 


Prestasi luar biasa itu menaikkan kedudukan jenama ke  tangga kelima dalam jadual jualan dengan pegangan pasaran sebanyak 5.4%, naik satu  tempat dan meningkat 2.2% berbanding tahun sebelumnya. 


Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi negara tersebut ditutup pada 14,640 unit untuk tahun 2023 iaitu peningkatan daripada 13,000 unit bagi tahun 2022. 


web_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-22.jpgweb_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-9.jpg


Proton X50


Proton X50, model terlaris PROTON sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, menjadi pilihan utama di Brunei dengan 476 unit terjual, merangkumi kira-kira 60% daripada jumlah jualan Proton pada tahun 2023. Pencapaian ini meletakkannya di tempat ketiga keseluruhan dalam segmen pasarannya.


Untitled-design---2023-04-13T063836.966.png


Kilang Proton di Tanjung Malim


Setakat ini, lebih 100,000 unit X50  telah dikeluarkan dari barisan pemasangan di kilang PROTON di Tanjong Malim, membuktikan popularitinya dalam kalangan pelanggan. 


Steven Xu, Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa PROTON, berkata bahawa populariti Proton X50 di Brunei disokong oleh komunikasi yang jelas tentang nilai dan ciri model itu, serta ekuiti jenama. 


“PROTON bekerjasama rapat dengan pengimport kami, PAD Motors, untuk mempromosikan  harga kompetitif dan ciri-ciri unggul model itu berbanding pesaingnya di samping menawarkan pakej kewangan  untuk memudahkan pembelian. Ini disokong dengan aktiviti kami untuk mempromosikan jenama PROTON, yang  dibantu oleh kejayaan X50 di Malaysia yang membantu membina keyakinan pelanggan Brunei,” katanya. 


Model Proton lain turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas  bagi segmen masing-masing pada tahun 2023 hasil daripada usaha promosi dan penjenamaan. 


Persona-Quarter-Rear-No-DVR-Hires.jpg


Proton Persona


Proton Persona dan Proton Iriz masing-masing berada di kedudukan keenam dan  kelapan bagi kereta segmen B manakala Proton X90 menduduki tempat ketujuh untuk SUV segmen D walaupun baru dipasarkan dalam tempoh kurang daripada setengah tahun. 


Kejayaan yang dicapai pada tahun 2023 dilihat sebagai satu landasan yang memberikan keyakinan kepada PROTON dan PAD Motors untuk meraih jumlah jualan lebih daripada 1,000 unit di Brunei pada tahun 2024. 


Caricarz-Social-Proton-S70-MediaDrive-2.jpg


Proton S70


“Untuk 2024, PROTON yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan di Brunei. Dengan minat yang  berterusan terhadap Proton X50 dan model lain serta pengenalan Proton S70, kami menyasarkan untuk  menembusi halangan 1,000 unit pada akhir tahun ini,” tambah Steven Xu. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5207

SELANGOR

BST3938

JOHOR

JD4737J

PULAU PINANG

PSF2572

PERAK

APL1882

PAHANG

CFH5991

KEDAH

KGH8048

NEGERI SEMBILAN

NEL6518

KOTA KINABALU

SJT8553

KUCHING

QAB4992P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.