Kereta Kayangan Dah Sampai Tapi Malangnya Ada 1 Unit

CariCarz.com dijemput Bentley Kuala Lumpur untuk melihat lebih dekat jentera terbaharunya, Bentley Continental GT Le Mans Collection di Sunway Damansara, baru-baru ini.
Seperti mana yang diumumkan pada April tahun lepas, edisi terhad Continental GT itu dihasilkan sempena 20 tahun kemenangan pengeluar kereta mewah itu dalam perlumbaan enduran 24 Hours of Le Mans 2003.

Untuk makluman anda, hanya ada 48 unit Continental GT Le Mans Collection di dunia manakala satu unit berada di Malaysia.
Jadi, ia dipamerkan kepada media sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Setelah membelek jentera ini hampir dua jam, penulis berpendapat individu yang memiliki kekayaan bersih sangat tinggi (UHNWI) yang tidak didedahkan identitinya nyata tidak sia-sia memiliki edisi terhad ini.
Apapun, Le Mans Collection boleh didapati dalam warna hijau Verdant dengan jalur lumba berwarna putih yang merentasi dari bumbung hingga bumbung coupé yang mana ia kelihatan sama seperti prototaip Bentley Speed 8 yang memenangi perlumbaan Le Mans.

Malah di sisi pintu, tertera logo 24H dan beluga hitam juga dipilih untuk bampar depan bawah, terdapat penutup cermin sayap manakala rim hitam bersaiz 22-inci 10 jejari menyelubungi brek seramik karbon dan kaliper brek merah.
Apa yang cukup menarik ialah mengenai gril matriks Bentley.


Pada asalnya, ia yang dibangunkan untuk melindungi radiator pada litar lumba Le Mans yang tidak berturap pada 1920-an) kini turut menampilkan nombor #7 yang dicat putih.

Ia sebenarnya melambangkan nombor pemenang perlumbaan 2003 dengan radiator dicat Bentley yang memenangi Le Mans lima kali antara 1924 dan 1930.


Ketika penulis melangkah masuk ke bahagian kabinnya, di bahagian papan pemukanya tertera logo Bentley dan yang tertera tahun 1924, 1927, 1928, 1929, 1930 dan 2003.
Semua tahun ini menunjukkan Le Mans pernah memenangi perlumbaan pada tahun yang dinyatakan itu.
Difahamkan, semua unit Le Mans Collection mempamerkan injap enjin 4.0-liter twin-turbo V8 daripada kereta lumba itu yang telah dikeluarkan selepas perlumbaan untuk disimpan,


Ini kerana 24 daripada 32 injapnya telah diambil bagi menghasilkan 48 artefak untuk setiap satu model Le Mans Collection.
Satu lagi sentuhan unik adalah jam digital dalam format 24 jam yang menggantikan jam analog 12 jam tradisional Bentley.

Akhir sekali ialah kemasan signatur Bentley dimana ia menampilkan papan pemuka dwi-venir dan ada kemasan di pintu.
Tidak ketinggalan juga fabrik Dynamica napped berprestasi menutupi kerusi serta terdapat sulaman kontras pada kerusi dan tali keledar di Hotspur.
Menyentuh mengenai Le Mans Collection Continental GT, ia disumbat dengan enjin 6.0L W12 TSI Bentley yang mampu menghasilkan kuasa setakat 650hp dan tork 900Nm.

Ia yang dipasangkan dengan kotak automatik ZF 8-kelajuan serta adanya pacuan semua roda (AWD), sekali gus membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 3.6 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 335 km/j.

Selain itu, kehadiran Brek Seramik Karbon pilihan, Kawalan Satbiliti Elektronik Boleh Ubah, Stereng Semua Roda, dan Diferensial Gelincir Terhad Elektronik (ELDS) meningkatkan lagi ketangkasan dan prestasi jentera.
Bagi yang ingin mengetahui mengenai harganya, ia dijual pada harga RM4.54 juta namun malangnya ia sudah pun dimiliki orang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge