Negara Luar Dah Ada Lori Sampah Elektrik, M'sia Bila Lagi?

Lori sampah pun ada versi elektrik?
Itu antara yang inisiatif syarikat Volvo Trucks yang giat menerokai teknologi kenderaan elektrik sehingga berjaya membawakan lori sampah versi elektrik.


Ia yang dikenali sebagai Volvo FM Low Entry merupakan lori sampah elektrik Volvo yang pertama setakat ini. Ia dibangunkan dengan sistem pacuan elektrik, dan Volvo Trucks sudah tidak lagi menawarkan versi enjin pembakaran dalaman.
Ia dikatakan sesuai untuk kegunaan bandar.

Menurut laman berita automotif, carscoops.com, jentera yang cukup canggih itu akan memasuki beberapa pasaran utama seperti Eropah, Turki dan Korea Selatan, tidak lama lagi.
Difahamkan, FM Low Entry dilengkapi dengan empat bateri dimana ia memiliki kapasiti lebih 360 kWj.

Selain itu, lori berkenaan mampu menghasilkan kuasa setakat 483 hp (360kW) dan boleh melakukan pergerakan sejauh 200 kilometer dengan hanya sekali cas.
Untuk makluman anda, Volvo Trucks yang tidak mempunyai kaitan dengan Volvo Cars telah mereka bentuk platform untuk menjadi agak fleksibel.

Ia menampilkan lima konfigurasi gandar yang berbeza: 4X2, 6X2, 6X4, 8X2 dan 8X4.
Ia dilihat menawarkan ruang kabin yang cukup luas manakala bahagian pemandunya dilihat menawarkan tahap penglihatan yang baik buat pemandu memandangkan terdapat Sistem Pemantau Kamera canggih Volvo untuk memantau keadaan persekitaran sewaktu bergerak.
Apa yang cukup menarik ialah FM Low Entry menerima pengiktirafan lima bintang dalam piawaian Direct Vision pengangkutan berat yang beroperasi di London.
Selain itu, bagi yang berminat mereka boleh memilih model yang mempunyai satu hingga empat tempat duduk.

Presiden Volvo Trucks, Roger Alm berkata, lori sifar pelepasan adalah kenderaan yang tidak mengeluarkan sebarang bahan pencemar semasa operasi adalah salah satu model baharu dalam rangkaian mereka.
“Ketibaan Volvo FM Low Entry adalah selaras dengan hasrat kami untuk mengembangkan penawaran barisan model elektrik,” katanya.
Pengeluaran lori elektrik itu akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Harga jualannya masih belum didedahkan.
Apapun, Volvo Trucks meletakkan sasaran sebanyak 50 peratus daripada jualan globalnya adalah elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prime Mover EV Boleh Gerak 300KM Dengan Sekali Cas
Volvo Trucks Malaysia memperkenalkan lori terminal (prime mover) tugas berat elektrik sepenuhnya di Malaysia.
13-07-2023
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
