Stesen Tesla Supercharger Pavilion Bukit Jalil Kini Aktif – RM1.25/kWh

Stesen Supercharger terbaru di Pavilion Bukit Jalil kini sudah mula beroperasi.
Tesla Motors Malaysia (Tesla MY) telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharger terbarunya, terletak di pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil. Stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) baharu ini terdiri daripada enam Supercharger (DC) dan dua Destination Charger (AC), yang kesemuanya terletak di tempat letak kereta B1 pusat beli-belah tersebut.


Untuk Supercharger, kadar cas ditetapkan pada RM1.25 setiap kWh, dengan bayaran idle sehingga RM4 setiap minit sekiranya semua stesen Supercharger digunakan. Selain caj tersebut, pengguna juga perlu membuat bayaran tempat letak kereta Pavilion, seperti yang berikut:
- Hari biasa: RM2 untuk dua jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya (maksimum RM15)
- Hujung minggu: RM3 untuk dua jam pertama dan RM1 untuk jam seterusnya (maksimum RM15)



Kehadiran stesen terbaru ini memperluaskan lagi rangkaian pengecas EV di bawah Tesla MY di negara ini. Secara keseluruhannya, kini terdapat 30 Supercharger dan 25 Destination Charger di seluruh negara, namun semua stesen ini hanya boleh dimanfaatkan oleh pengguna kenderaan berjenama Tesla sahaja.
Selain rangkaian pengecasan yang semakin berkembang, pengguna Tesla di Malaysia juga boleh merentas sempadan ke Singapura dengan mudah, kerana semua kenderaan Tesla yang dijual secara rasmi oleh Tesla MY kini dilengkapi dengan sistem integrasi khas. Menggunakan sistem ini, pemandu Tesla Malaysia boleh mengkases semua perkhidmatan yang disediakan oleh Tesla Singapura termasuk navigasi, sistem pembayaran, sokongan teknikal dan stesen Supercharger di republik tersebut.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


