Pengecas EV DC 60 kW & AC 22 kW ChargeSini Kini Di Menara Takaful, KL
-full.webp)
ChargeSini menyaksikan rangkaian lokasi pengecasannya berkembang minggu ini dengan pelancaran pengecas AC dan DC baharu di Menara Takaful, Kuala Lumpur.
Dengan penambahan pengecas kali ini, ChargeSini kini telah menyediakan sejumlah 638 titik pengecasan di seluruh negara (data daripada AGMO), dengan 118 daripadanya ialah pengecas pantas DC. ChargeSini kini menduduki tempat ketiga dalam kalangan CPO yang menyediakan pengecas EV di seluruh negara.
-full.webp)
Infografik stesen pengecasan EV di seluruh Malaysia (Sumber: AGMO)
Bagi pengecas terbarunya yang terletak di Menara Takaful, ChargeSini telah memasang satu unit pengecas pantas DC Sangitech 60 kW (DCFC) yang dilengkapi dengan dua nozel pengecas CCS2 membolehkan pengecasan dua EV secara serentak. Pengecas DCFC ini terletak di tingkat bawah bangunan berkenaan berhampiran pintu masuk utamanya.
-full.webp)
Selain pengecas DC tersebut, ChargeSini telah memasang dua pengecas AC 22 kW di tempat letak kereta luar bangunan.
Mengenai caj yang dikenakan untuk setiap sesi pengecasan, berdasarkan aplikasi ChargeSini, bayaran kedua-dua pengecas tersebut adalah berdasarkan per kWh yang disalurkan kepada EV. Pengecas AC ditetapkan pada RM1.09/kWh manakala pengecas DC RM1.19/kWh.
-full.webp)
Petak parkir EV ini dilengkapkan dengan sistem penghalang parkir eksklusif daripada ChargeSini demi kemudahan semua pengguna EV dan mengelakkan penyalahgunaan petak parkir. Penghalang ini akan turun secara automatik sebaik sesi pengecasan diaktifkan melalui aplikasi ChargeSini.
Sesi pengecasan menggunakan pengecas ini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan bayaran terbiar atau idle sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat