ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Tiada Lagi Sedan Volkswagen Arteon Di Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volkswagen-Arteon_UK-Version-2021-1600-0e.jpg


Volkswagen menghentikan pengeluaran sedan Arteon di Eropah


Syarikat yang berpangkalan di Wolfsburg, Jerman, Volkswagen, dijadualkan untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya bermula tahun 2035.  Rancangan peralihan ini telah mendorong VW untuk menghentikan pengeluaran dan membatalkan beberapa model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), termasuk beberapa model dengan jumlah jualan yang rendah. 


Model terkini yang menjadi ‘mangsa’ ialah sedan Arteon. Menjawab persoalan yang diutarakan oleh Motor1 berkenaan model tersebut, wakil daripada VW, Martin Hube mengesahkan bahawa pengeluaran untuk Arteon telah dihentikan bagi pasaran Eropah.


Volkswagen-Arteon_UK-Version-2021-1600-12.jpgVolkswagen-Arteon_Shooting_Brake_R-2021-1600-21.jpg


Sedan VW Arteon generasi terkini (kiri) dan versi wagon model ini, Arteon Shooting Brake (kanan)


Hube, yang juga bertanggungjawab terhadap model lain VW, Passat dan Touareg, turut mengesahkan bahawa versi terakhir Arteon untuk pasaran Eropah adalah keluaran tahun 2023 yang dihasilkan di kilang VW Emden di Jerman. Tetapi, keluaran versi wagon model ini, Arteon Shooting Brake, masih diteruskan di kilang VW Osnabrück.


Volkswagen-Arteon_Shooting_Brake_R-2021-1600-06.jpg2024-VW-Passat-00002-1536x1000.jpg


Kedua-dua model wagon, Arteon Shooting Brake (kiri) dan Passat B9 yang baru dilancarkan (kanan) akan dijual di pasaran Eropah.


Mengulas mengenai model wagon tersebut, beliau memaklumkan bahawa  Arteon Shooting Brake akan terus dihasilkan sehingga tahun 2026, namun ia tidak akan diberikan penyegaran semula dalam versi facelift. 


VW-ID7-49.jpgVolkswagen-ID7-Tourer-(2).jpg


Sedan ID.7 (kiri) kini berdiri sebagai satu-satunya model sedan VW yang ditawarkan untuk pasaran Eropah. Sementara itu, versi wagon,  ID.7 Tourer (kanan) pula akan diperkenalkan tidak lama lagi. 


‘Kematian’ Arteon daripada pengeluaran, bermaksud kini satu-satunya model sedan VW yang ditawarkan di pasaran Eropah ialah sedan elektrik ID.7. 


Volkswagen-Arteon_UK-Version-2021-1600-08.jpgVolkswagen-Arteon_UK-Version-2021-1600-1c.jpg


Dijangkakan, VW akan menghentikan pengeluaran lebih banyak lagi model ICE lain sebagai persediaan ke arah mobiliti elektrik sepenuhnya. Salah satu model yang dijangka akan dihentikan tidak lama lagi ialah Golf Mk8.5 Facelift yang dikatakan sebagai model Golf versi ICE terakhir dihasilkan. 


VW-Arteon-MY-(2).jpgVW-Arteon-MY-(3).jpg


Masa depan sedan Arteon yang dipasang di dalam negara (CKD) masih menjadi tanda tanya…


Memandangkan sedan Arteon telah dihentikan pengeluarannya di pasaran Eroprah, nasib Arteon versi Malaysia yang dikeluarkan daripada kilang Pekan, Pahang VW Malaysia, masih tidak diketahui.

Volkswagen-Arteon_UK-Version-2021-1600-1b.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama di MAS 2025.

07-05-2025
Berita Auto

3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba

VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.

06-02-2024
Berita Auto

Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.

04-01-2023
Berita Auto

Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!

07-01-2022
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Dan Filamen Lancar Aset Digital Arteon

Empat karya kripto yang dihasilkan berdasarkan model andalan Volkswagen, Arteon.

04-01-2022
Pandu Uji

Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini

Versi baharu Volkswagen Arteon tampil dengan beberapa penambahbaikan.

28-10-2021
Video

Review & Pandu Uji Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 | Lebih Mahal, Lebih Power? | Caricarz.com

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION telah dilancarkan di Malaysia sejak July 2021. Harga bermula dari RM248k, harga baru Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 adalah RM27k lebih mahal daripada versi sebelum ini.

21-10-2021
Berita Auto

Pecutan 0-100 KM/J Dalam 4.9 Saat! Model Berprestasi Tinggi Volkswagen 'Arteon R' Bakal Masuk Malaysia?

Ura-uranya Volkswagen bakal membawa masuk Arteon R dan Arteon R Shooting Brake ke dalam pasaran Malaysia.

02-06-2021

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.