Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh

Volvo C40 Recharge 2024 yang telah dikemaskini dan dipasang secara tempatan (CKD) kini dibuka untuk tempahan.
Volvo Car Malaysia (VCM) mengumumkan bahawa Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah. Model yang diperkenalkan pada Disember 2022 ini kini dapat bergerak lebih jauh dengan peningkatan trenkuasa dan bateri.
C40 Recharge kali ini menggunakan pek bateri lebih besar iaitu 82 kWh, berbanding sebelum ini, 78 kWh, bermaksud peningkatan sebanyak 4 kWh. Ini dipadankan dengan sistem penyejukan bateri yang lebih baik dan kemampuan input pengecasan DC yang lebih tinggi. Versi ini juga diberikan e-motor dengan tahap kecekapan yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

C40 Recharge menerima bateri baharu dengan kapasiti yang lebih besar.


Kemas kini kali ini membolehkan C40 Recharge mencapai jarak EV sejauh 550 km, pertambahan lebih 100 km.
Peningkatan sistem yang diberikan pada versi 2024MY ini membolehkan C40 Recharge mencapai jarak perjalanan EV sejauh 550 km (WLTP) dengan cas penuh, pertambahan lebih daripada 100 km berbanding keluaran terdahulu, iaitu 438 km (WLTP) semasa pertama kali dilancarkan.
Untuk pengecasan semula, C40 Recharge kini menerima input cas DC sehingga 200 kW, peningkatan 50 kW daripada had yang ditetapkan sebelum ini. Walaupun mampu menarik lebih kuasa cas yang lebih tinggi, tempoh pengecasan 10-80% kekal hampir sama iaitu 27 minit berbanding 28 minit sebelum ini.

Kuasa 402 hp (300 kW) dan tork 670 Nm kekal sama seperti dahulu.
Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik juga baharu pada C40 Recharge 2024MY tetapi kekal menghasilkan kuasa sebanyak 402 hp. Bagaimanapun, menurut VCM, motor yang dipasang pada setiap gandar telah dioptimumkan. Motor elektrik depan kini menghasilkan 157 hp (117 kW), sementara belakang pula 245 hp (183 kW).
Kuasa tork gabungan kekal tidak berubah pada 670 Nm, tetapi VCM mendedahkan bahawa dinamik pemanduan baharu yang lebih tertumpu pada bahagian belakang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Masa pecutan 0-100 km/j C40 Recharge kekal sama pada 4.7 saat.

Volvo C40 Recharge terbaru, hadir dengan pilihan warna kelabu 'Vapour Grey.'
Perubahan kosmetik untuk versi ini tidak begitu banyak. Antara ciri baharu Volvo C40 Recharge 2024MY adalah penggunaan lampu depan LED piksel yang lebih tajam, rim aloi aerodinamik 19-inci dan penambahan pilihan warna cat baharu kelabu 'Vapour Grey'.
Pembelian Volvo C40 Recharge kali ini masih didatangkan dengan akses percuma selama 5 tahun untuk Perkhidmatan Digital yang merangkumi Google Assitant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi aplikasi Volvo Cars.
Volvo C40 Recharge 2024MY dijual pada harga yang sama, RM288,888. Tempahan kini boleh dibuat melalui pengedar sah Volvo atau secara dalam talian di laman web rasmi VCM.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat