ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Proton Bukan Model Rebadge

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihak akan melancarkan kenderaan elektrik pertama mereka selewat-lewatnya tahun depan.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah ketika meraikan majlis berbuka puasa bersama media, semalam.

Menurutnya, pototaip EV itu kini berada dalam fasa ujian dan bakal dipasang di China terlebih dahulu kerana ia memerlukan pusat baru.

image.png

Ketika ditanya mengenai bayangan rangka badan EV berkenaan yang mungkin ditawarkan dalam bentuk SUV atau kompak, Roslan berkata:

“Rahsia, kita membuat design itu, akan dibiarkan  pada saat-saat akhir nanti tetapi kita akan menghasilkan  design yang lebih  menepati citarasa pengguna-pengguna  EV.

"Maknanya dengan harga,  kita cuba buat yang terbaik tetapi  bateri range bersesuaian dengan keadaan jalan raya di Malaysia. Sebenarnya, perlu ada keseimbangan antara kapasiti bateri dan harga, dimana tumpuan utama diberikan kepada kefungsian dan kepraktisan. Benda itu kena balance.

“Kalau terlampau panjang (jarak gerak EV) mungkin harganya mahal sikit. Kami akan maklumkan semua itu apabila tibanya tarikh pelancarannya nanti,” katanya kepada CariCarz.com ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun, Roslan menegaskan bahawa EV pertama mereka itu bukannya model rebadge dari Geely.

image.pngimage.png

Sebaliknya, ia akan menjadi model serba baharu yang dibangunkan bersama dengan syarikat Geely.

Ditanya mengenai pengeluaran EV itu, bagaimanapun, Roslan menyifatkan:

"EV pertama itu akan dikeluarkan di China, memandangkan Proton perlu membina kemudahan khusus  sebelum memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD).

image.png

“Disebabkan kerajaan mahu mempercepatkan pengeluaran model EV ini, dan kerajaan masih menawarkan pengecualian cukai ke atas EV yang diimport sepenuhnya (CBU), jadi  kami  sememangnya sudah merancang untuk membuat CKD nanti,” tambahnya.

Buat masa ini, pengeluaran EV sudah ditetapkan di China  dan beliau mengakui Proton masih menilai harga untuk model EV yang akan datang ini, kerana pembuat kereta itu kini menghadapi saingan sengit daripada jenama EV China yang telah membanjiri pasaran tempatan sejak kebelakangan ini. 

image.pngimage.png

Apapun, Proton mempunyai strategi tersendiri untuk berhadapan dengan cabaran berkenaan dan Proton yakin ia tidak menjadi penghalang besar  kerana jenama itu lebih dekat dengan rakyat.

Pada Februari 2023, langkah untuk memperkenalkan model EV pertamanya dipercepatkan ke tahun 2025, berbanding jangkaan sebelumnya iaitu pada 2027.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF7931

SELANGOR

BSR5459

JOHOR

JA1389J

PULAU PINANG

PSD7196

PERAK

APJ7713

PAHANG

CFH1450

KEDAH

KGH325

NEGERI SEMBILAN

NEK8946

KOTA KINABALU

SJT452

KUCHING

QAB1851P

Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto

Tiggo 7 Pro Juga Akan Hadir Versi CKD Tapi Lambat Lagi

Chery Malaysia mempertontonkan Chery Tiggo 7 Pro kepada pihak media semalam.

26-03-2024
Berita Auto

Harga CBU OMODA E5 Cukup Murah, Patut Laku Keras!

Chery Malaysia mengesahkan bahawa Chery Omoda E5 akan dipasang secara tempatan untuk pasaran tempatan selewat-lewatnya suku kedua tahun ini.

08-03-2024
Global

VinFast Jual Kereta RHD, Adakah VinFast Pun Bakal Masuk M'sia?

VinFast bakal bawa masuk 6 model EV di Indonesia.

18-02-2024
Berita Auto

Tiada Rancangan Penstrukturan Semula Cukai Sektor Automotif Malaysia

Kerajaan tidak merancang untuk melakukan penstrukturan semula cukai sedia ada bagi sektor automotif.

27-02-2023
Berita Auto

Honda Malaysia: Harga Kereta Bagi Tahun 2023 Kekal Buat Masa Ini

Harga kebanyakan model kenderaan meningkat tahun ini seperti yang dijangkakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

04-01-2023
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.