ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Harga Marhaen Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

social_CariCarz_Chery-Omoda-E5-Launch_-1.jpg

Chery Malaysia melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, OMODA E5 untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

Apa yang cukup mengejutkan, OMODA E5 ini dijual pada harga serendah RM146,800.

social_CariCarz_Chery-Omoda-E5-Launch_-3.jpg

Presiden Chery Malaysia, Leo Chen berkata, OMODA E5 akan menjadi kenderaan elektrik China pertama yang di Malaysia.

"Menerusi pemasangan tempatan ini, Chery  dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi tempatan. 

“Inisiatif ini selari dengan dasar kerajaan kepatuhan tempatan dan akan membantu Malaysia menjadi hab kenderaan elektrik di rantau ini," katanya.

social_CariCarz_Chery-Omoda-E5-Launch_-11.jpg

OMODA E5 dilengkapi dengan sistem pemanduan elektrik yang sangat cekap yang tidak hanya mencapai kuasa keluaran yang stabil melebihi 94%, tetapi  mempunyai reka bentuk yang cukup senyap.

Jentera ini dikuasakan oleh Blade Battery fosfat besi litium 61 kWh berkemampuan tinggi yang memastikan jarak jauh dan pengecasan cepat sambil meningkatkan kelestarian alam sekitar. 

image.pngimage.png

Ia menawarkan jarak hingga 430km dan keupayaan pengecasan pantas, untuk mengecas dari 30% hingga 80% bateri dalam masa 28 minit. 

Untuk itu, bateri tersebut tersebut menyalurkan kuasa kepada motor elektrik yang dipasang di bahagian hadapan (FWD) dengan output 201 hp dan 340 Nm. Model ini mampu memecut dari  0-100 km/j dalam masa  7.6 saat.

image.png

Model ini turut hadir dengan fungsi kenderaan-kepada-beban (vehicle-to-load atau V2L), yang boleh menyalurkan tenaga sehingga 3.3 kW kepada peralatan elektrik kecil.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan kokpit pintar yang menggunakan cip Qualcomm untuk berinteraksi dengan lancar.

Ia  dipadankan dengan skrin 2K HD lengkung 24.6-inci untuk pengalaman visual.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah, OMODA E5 disesuaikan secara unik dengan palet lebih dari 60 warna, selain terdapat  Sistem Bunyi Premium Sony,.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain pencahayaan ambien dinamik yang mencipta pengalaman audio dan visual yang sempurna untuk memandu pada siang dan malam hari selain ada juga pengecas tanpa wayar 50W dalam kereta, yang turut menampilkan sistem penyejukan aktif yang berkesan mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan.

Malah, jentera ini juga menawarkan dalaman mewah dan cukup luas.

Ia menampilkan kombinasi dua rona berwarna biru dan putih-krim serta warna hitam keseluruhannya.

Mengenai dimensi, ia memiliki ukuran panjang sekitar 4420mm, selebar 1830 manakala jarak roda pula ialah 2630mm.

Bagi ruang but pula, ia selebar 483 liter.

image.png

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, ia cukup sarat dengan sistemDriver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5).

 Ia mengintegrasikan sensor-sensor canggih, kecerdasan buatan, dan ciri-ciri sambungan, mengubah konsep memandu dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam pasaran kenderaan elektrik dengan 17 fungsi.

Berikut adalah senarainya:

Screenshot-2024-03-06-151937.png

Bagi yang berminat, OMODA E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black.

image.pngimage.png

Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km yang luar biasa, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km yang mengagumkan, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit) yang mendahului kelas dalam segmennya.

image.png

Pakej khas untuk 2000 tempahan OMODA E5 pertama akan menikmati: 

• Wall box charger 

• V2L (Vehicle-to-Load) Charger 

• Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC

Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, layari https://www.chery.my/models/omoda-e5/.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.