Ini Dia SUV Elektrik "2U Chat"?

Pada awal pagi tadi, kami sempat merakam beberapa imej model baharu versi elektrik, yang masih belum dilihat di Malaysia sebelum ini.
CariCarz.com mengesan kehadiran model baharu ini di Seri Kembangan ketika pasukan kami dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas selesaikan sesi penggambaran untuk Mazda CX-5 2.2D High.

Berdasarkan tangkapan layar dari kamera papan pemuka Mazda, ia mendedahkan beberapa maklumat yang menarik.
Menurut Google Lens, iaitu aplikasi yang membantu pengguna untuk mengenal pasti sesuatu maklumat menerusi imej menunjukkan bahawa ia adalah Chery/Aiqar eQ7.
Bagaimanapun, jurugambar kami yang sempat merakam beberapa imej yang turut menunjukkan bahawa EV itu tidak membawa sebarang logo Chery di bahagian hadapan mahupun belakang.
Sebaliknya ia menggunakan perkataan ‘2U Chat’, satu jenama yang masih belum didengar sebelum ini.
Perkara ini menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam sehingga membuatkan kami menggodam internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayat ‘2U Chat’.
Apa yang kami peroleh ialah EV ini diperoleh daripada firma Australia bernama Brighsun EV Group, yang dibangunkan oleh firma teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Greenpro Capital Corp.
Kedua-dua firma ini sebenarnya berkecimpung dalam teknologi block chain.
Berbalik kepada EV ini, info yang digali ini sebenarnya mendedahkan lebih banyak maklumat menarik.
Kami mendapati satu laman web untuk EV ini yang dibangunkan oleh Brighsun EV Group menunjukkan bahawa model ini menggunakan teknologi solid state battery (SSB) yang menjanjikan pergerakan sejauh 1000 kilometer dengan hanya sekali cas.

Selain itu, apa yang kami dapati ialah unit ini adalah pemanduan sebelah tangan kiri (kiri) dimana sudah pastinya ia bukannya untuk pasaran kita.
Ada juga kemungkinan ia adalah Chery eQ7 atau Aiqar namun semuanya bergantung pasaran yang akan ditembusi.
Namun versi Chery ini kelihatan sama tetapi ia menawarkan jarak pergerakan dan teknologi bateri yang lebih bersifat sederhana.

Ia sudah dilancarkan di China pada September lalu dimana Chery eQ7 menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) dan ia hadir dalam dua kapasiti: - 53.87 kWj atau 67.12 kWj.
Bateri yang berkapasiti 53.80 kWj menjanjikan pergerakan sejauh 412 kilometer manakala satu lagi sejauh 512 km.
Difahamkan, Chery masih belum menawarkan EQ7 dalam pemanduan sebelah tangan kanan namun ia dilaporkan sudah bersedia untuk menembusi pasaran di Filipina.
Ini sahaja yang kami temui tentang jenama 2U Chat. Jadi, jika anda mempunyai info mengenai model ini, jangan lupa kongsikan komen anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge