Pandangan Pertama: Chery Omoda E5 – Capai 430KM, Dianggarkan RM160K

Chery Malaysia bakal melancarkan model elektrik pertamanya, Chery Omoda E5, tidak lama lagi.
Chery Malaysia akan memperkenalkan model elektrik pertamanya, Chery Omoda E5, tidak lama lagi. Kami telah diberikan peluang untuk ‘mendekati’ model ini lebih awal untuk melihat secara terperinci apa yang orang ramai boleh jangkakan daripada SUV elektrik ini.




Dari segi rekaan, tidak jauh berbeza daripada kembar petrolnya, Chery Omoda 5.
Dari luar, Omoda E5 diberikan sentuhan yang hampir sama dengan kembar versi petrolnya, Chery Omoda 5, namun diberikan beberapa elemen khas EV. Perbezaan besar dapat dilihat daripada sudut hadapan dengan gril tertutup yang turut menempatkan port pengecas. Selain itu, Omoda E5 menggunakan rim bersaiz 18 inci yang direka khas untuk aerodinamik yang lebih baik.


Di sudut bawah terdapat penutup gril aktif yang apabila dibuka membantu menyejukkan motor elektrik hadapan, dan ditutup untuk tujuan aerodinamik.






Kabin Omoda E5 tampil moden dan segar dengan warna yang cerah.
Memasuki ruang dalam Omoda E5, dapat dilihat rekaan dalaman yang menarik dan mewah dengan warna tema cerah, gabungan biru dan beige. Antara kelengkapan yang ada ialah kluster instrumen digital 12.3 inci dan sistem infotainmen 12.3 inci, bumbung suria panoramik, kawalan pendingin hawa dua zon dengan corong pendingin hawa belakang dan sistem pencahayaan ambien pelbagai warna.


Sistem infotainmennya yang dikuasakan oleh Qualcomm 8155 on chip (Soc) boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Dari segi keselamatan, Omoda E5 dilengkapi dengan kamera 360 darjah, lampu suluh tinggi automatik, sistem pemantau tekanan tayar (TPMS), serta pelbagai ciri ADAS. Ini termasuk amaran permulaan pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), amaran perlanggaran hadapan (FCW), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keluar lorong (LDW), bantuan kekal lorong (LKA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan banyak lagi.


Omoda E5 menggunakan platform yang sama seperti kembar versi ICE iaitu T1X. Seperti model yang dipertontonkan sewaktu lawatan kami ke China tahun lalu, E5 spesifikasi Malaysia juga bakal menggunakan bateri LFP ‘Blade’ daripada BYD dengan kapasiti 61 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 430 km (WLTP) dengan cas penuh.
Bateri tersebut menyalurkan kuasa kepada motor elektrik yang dipasang di bahagian hadapan (FWD) dengan output 201 hp dan 340 Nm. Model ini mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 7.6 saat.



E5 boleh dicas dengan pengecas AC 9.9 kW dan DC sehingga 80 kW. Dengan pengecas pantas, masa yang diambil hanyalah 30 minit daripada 30-80%. Model ini turut hadir dengan fungsi kenderaan-kepada-beban (vehicle-to-load atau V2L), yang boleh menyalurkan tenaga sehingga 3.3 kW kepada peralatan elektrik kecil.


Chery Omoda E5 kini dibuka untuk tempahan pada harga tentatif RM160,000
Chery Omoda E5 kini boleh ditempah, dengan harga awal yang dijangkakan sebanyak RM160,000. Model ini kini boleh didapati di beberapa bilik pameran terpilih Chery Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Omoda E5, boleh layari laman web rasmi Chery Malaysia. Selain itu, kami juga telah menyediakan galeri gambar untuk model ini di bawah.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge