PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas

Pengedar tunggal kenderaan Ford di negara ini, Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford) mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.
Satu faktor penyumbang penting kepada kejayaan syarikat ialah perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford.
Selain itu, kehebatan kenderaan Ford mendapat pengiktirafan lanjut dengan kemenangan pelbagai anugerah yang diterima pada 2023.
Paling bermakna ialah kejayaan Ranger WildTrak Generasi Baharu yang memenangi anugerah berprestij KeretaTerbaik Malaysia 2023 bagi kategori Trak Terbaik dan Ranger Raptor 3.0L V6 Twin Turbo Generasi Baharu yang memiliki inovasi canggih.
Bukan itu sahaja, Ford Ranger dipilih untuk Anugerah Pilihan Rakyat Carlist.my bagi Trak Pikap Terbaik 2023, manakala Ranger WildTrak Generasi Baharu telah dipilih sebagai 'Trak Pikap Terbaik oleh Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my (VOTY) 2023.


Ini mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kategorinya.
Bagi melengkapkan senarai kemenangan, Ford Ranger Generasi Baharu telah menerima Anugerah Pilihan Editor CarPlus bagi kategori Trak Pikap Terbaik bagi 2022-2023.
Malah Ford Ranger Raptor Generasi Baharu juga memenangi anugerah Kereta Terbaik di acara tersebut.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan, SDAC-Ford, Turse Zuhair mengakui pihaknya berbangga dengan kemajuan yang dicapai pada tahun lepas.

“Ini jelas membuktikan daya tarikan kenderaan Ford yang memenangi anugerah, disokong oleh kesungguhan dan kegigihan pasukan kami dan sokongan pihak pelanggan.
“Anugerah-anugerah ini sesungguhnya mencerminkan komitmen Ford kepada inovasi, kualiti dan kepuasan pelanggan. Kami memang bertekad untuk terus menjangkaui sempadan dan mengatasi jangkaan,”katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, sejak dilancarkan, Ford Ranger Generasi Baharu ternyata popular dan mendapat sambutanmemberangsangkan di pasaran Malaysia kerana prestasi dan kualiti luar biasanya.
Model Ranger Raptor baharu menawarkan enjin berkuasa V6 Twin Turbo dengan tork 397 PS dan 583 Nm, membawakan pengalaman memandu yang luar biasa.

Sementara itu, model Ranger Platinum Generasi Baharu yang baru dilancarkan pada bulan November tahun lepas, dilengkapi dengan ciri-ciri kecanggihan yang menjanjikan keselesaan mewah dan teknologi pintar.
Jadi, bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FORD, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge