ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Perhatian Buat Pemilik Tesla!

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMG_0712.JPG

Tesla Malaysia melancarkan stesen supercharging yang terbesar di Asia Tenggara, di Gamuda Cove, Selangor sebentar tadi.  

Majlis pelancaran itu dirasmikan  Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

IMG_0760.JPG

Fasiliti baharu  ini akan  menawarkan enam  unit stesen supercharger dan 18 stesen Destination Charging.

Dari segi kadar caj pula, pengecas super ditawarkan pada RM1.25 bagi setiap kilowatt sejam (kWh).

IMG_0716.JPGIMG_0776.JPG

Hasil kerjasama Tesla buat julung kalinya dengan Gamuda Land menandakan kedua-dua pihak telah melangkah satu tapak ke hadapan untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di kawasan tersebut.

Setakat ini, Tesla mempunyai tujuh  Stesen Supercharging (36 Pengecas) dan 9 Stesen Pengecasan Destinasi (55 Pengecas) di Malaysia.

IMG_0712.JPGIMG_0734.JPG

 Sebaliknya, negara jiran kita pula, Singapura mempunyai sejumlah 11 Stesen Supercharging dan 9 Stesen Destiantion Charging yang sekali gus menawarkan pengalaman lancar buat pemilik Tesla antara kedua-dua negara.

Bagi yang ingin mengetahui mengenai stesen pengecas Tesla di Gamuda Cove, ia terletak di Discovery Park, Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, Selangor.

Berikut adalah butirannya mengennai pengecas Tesla di Gamuda Cove: 

Alamat

Diccovery Park, Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat, Selangor

Waktu Perkhidmatan

24 Jam

Parkir

Kadar Percuma di Gamuda Cove

Kadar

  •      Kadar supercharging adalah RM1.25/kWh.
  •   Idle fee – Sehingga RM4/ minit ketiak stesen supercharging penuh 100%.
  • ·  Pengecas Destinasi adalah percuma untuk pemilik Tesla sehingga notis selanjutnya.

Selain mengenai pengecas, bagi yang berminat dengan Model 3 yang berharga RM189,000 dan Model Y (RM199,000) kini sudah boleh dipandu uji dan ditempah.

Untuk keterangan lanjut, layari laman rasmi X di @tesla_malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
Kereta Baru

Tesla Paling Murah Kini Di Malaysia! Model 3 Standard Dari RM147K – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Tesla Malaysia memperkenalkan varian paling mampu milik setakat ini untuk pasaran Malaysia, Tesla Model 3 Standard.

23-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.

21-10-2025
Kereta Baru

Tesla Model 3 LR RWD Dilancarkan Di Malaysia – Cecah 750 KM, Dari RM185,000

Tesla dalam diam menawarkan varian baharu untuk Model 3 di Malaysia, iaitu varian Long Range Rear-Wheel Drive (LR RWD). Kini, model ini tersedia untuk konfigurasi atas talian bermula dari RM185,000.

03-10-2025
Berita Auto

Tesla Hantar Kereta Ke-10,000 Kepada Pembeli

Dua tahun sejak penubuhannya, Tesla Malaysia kini mencapai satu pencapaian baharu dengan menyerahkan kenderaan yang ke-10,000, baru-baru ini.

29-09-2025

Berita Terkini

EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.