Suzuki Jimny Rainforest & Black Edition Kini Di Pasaran – Dari RM168K

Naza Eastern Motors Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan dua varian edisi istimewa - Suzuki Jimny Rainforest dan Black Edition.
CIRI MEKANIKAL
Kedua-dua varian baharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan 101 hp. Trenkuasa ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, 4WD ALLGRIP PRO, peralihan gear rendah empat kelajuan dan sistem brek kawalan traksi LSD untuk menjadikan kenderaan lebih berkuasa dan dapat dipandu dengan keyakinan lebih tinggi.
REKAAN






Dari segi rekaan varian Rainforest diberikan gril hadapan dengan kemasan bercorak celoreng atau camouflage, pelindung (flap) lumpur di bahagian hadapan dan belakang, penutup tayar ganti, decal badan juga dalam corak celoreng.






Sementara itu, Black Edition pula menerima kemasan karbon pada bahagian gril hadapan dan pada penutup tayar simpanan. Di bahagian belakang terdapat logo “Jimny Black Edition” khas untuk varian ini.
Didatangkan secara standard untuk kedua-dua varian tersebut ialah multi-roof rack, penahan lumpur dan visor pintu. Selain itu, Suzuki Jimny turut diberikan elemen ranggi seperti lingkungan roda (wheel arch) dan bampar depan dan belakang yang menonjol keluar.
KABIN






Tema celoreng di bahagian luar bagi edisi Rainforest turut dibawa ke dalam kabin. Kemasan dengan corak tersebut dapat dilihat pada pintu but, ambang di bahagian bukaan but belakang dan perumah cermin pandang belakang. Seterusnya, di bahagian pemegang pada papan pemuka dan pintu (sudut dalam), terdapat balutan kulit berwarna coklat.






Edisi Black Edition pula seperti namanya, mengekalkan penggunaan tema hitam pada segenap ruang kabin. Di sudut pemegang papan pemuka dan pintu bahagian dalam, terdapat balutan kulit dengan jahitan kontra.
HARGA

Rainforest Edition ditawarkan pada harga RM 168,900, manakala Black Edition pula pada harga RM 171,900, (harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya
Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.
06-02-2025
Suzuki Jimny Artic Edition Dilancarkan – Putih Mutiara Yang Menyerlah, Dari RM167,900
Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Suzuki, telah memperkenalkan Suzuki Jimny Artic Edition yang eksklusif.
19-11-2024
Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Rasmi di Malaysia – Lebih Luas! Dari RM199,950
Naza Eastern Motors sebentar tadi telah melancarkan secara rasmi Suzuki Jimny 5 Pintu bagi pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
30-07-2024
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.
22-04-2024
Suzuki Jimny 5 Pintu Bakal Ditawarkan Di Malaysia Suku Ke-3 Ini – Lebih Praktikal!
Suzuki Jimny lima pintu dijangka akan tiba di Malaysia sekitar suku ketiga tahun ini. Ini spesifikasi yang boleh dijangkakan...
19-03-2024
Ini Dia Little Delta, Little 5
DAMD akan membawa dua hot-hatch rali lagenda yang digelar sebagai Little Δ (Delta) dan Little 5 pada TAS 2024.
28-12-2023
[PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu
CariCarz berpeluang untuk menguji Suzuki Jimny Rhino. Ini pendapat jujur kami...
05-10-2023
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat