“Tiada Perlindungan Untuk McLaren Kemalangan Di Malaysia” – AIG Singapura
-full_normal.webp)
AIG Insurance Motor membuat keputusan untuk tidak menyediakan perlindungan insurans bagi kereta sport, McLaren yang telah menyeberangi Selat Johor, lapor The Straits Times. Keputusan tersebut dibuat selepas kemalangan yang berlaku di Kluang, Johor, membabitkan tiga buah McLaren daripada Singapura pada bulan Oktober tahun lalu.
Keputusan tersebut yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2024 akan menyebabkan lebih daripada 200 McLaren yang berdaftar di Singapura kehilangan sebarang keistimewaan perlindungan di bawah AIG sekiranya terlibat dalam kemalangan di Malaysia.
-full_normal.webp)
Salah seorang pemilik McLaren yang terlibat dalam kemalangan di Kluang, Marcus Luah berkata, perkara tersebut tidak wajar dilakukan AIG yang hanya memilih McLaren sedangkan banyak lagi insiden yang membabitkan jenama kenderaan lain berlaku.
Marcus mungkin merujuk kepada kemalangan melibatkan model Porsche edisi terhad yang didaftarkan di Singapura, Porsche 911 Dakar, di Johor dalam bulan yang sama.
Douglas Chia dari agensi brokeraj insurans, Eazy, berkata, insurans bagi kenderaan bernilai lebih daripada 3 juta (~RM10,500,000), misalnya McLaren Artura biasanya adalah antara $6,000 hingga $10,000 (RM21,000 hingga RM35,000) setiap tahun untuk pemandu biasa dengan diskaun tanpa tuntutan (NCD) 50%.
-full_normal.webp)
Sementara itu, Chong Kah Wei dari Eurokars, pengedar McLaren di Singapura, menghormati keputusan AIG dan sedang mengadakan perbincangan dengan rakan insurans alternatif seperti Liberty Insurance bagi mengurangkan kesan terhadap pengguna mereka.
Ho Kai Weng dari Persatuan Insurans Am Singapura enggan memberikan komen mengenai isu tersebut, dengan menambah bahawa syarikat insurans membuat penilaian berdasarkan toleransi terhadap risiko mereka sendiri.
Sumber: FB Tanpa Nama
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
McLaren 750S Le Mans: Supercar Edisi Terhad Ini Hanya Ada 50 Unit
McLaren telah melancarkan edisi terhad 750S Le Mans, yang hanya ditawarkan di pasaran sebanyak 50 unit sahaja.
03-06-2025
Artura Spider, Kuasa Umph, Reka Bentuk Macho, Agak-Agak Berapa Harganya?
Artura Spider sudah berada di pasaran tetapi bukan di Malaysia.
28-02-2024
Hanya 66 Unit Di Dunia, McLaren F1 Hanya Terdapat Di 12 Negara inI, Wujudkah Di Malaysia?
Hanya 106 unit dihasilkan, McLaren F1 ialah sebuah model supercar yang unik dan sangat jarang ditemui.
30-12-2022
Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?
Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.
17-10-2022
McLaren Daniel Ricciardo 720S Edisi Terhad: Hanya 3 Unit Dikeluarkan!
McLaren menghasilkan versi terhad dan eksklusif model 720S.
01-11-2021
McLaren Artura Spider Kini Rasmi Di Malaysia – 690 HP, Dari RM3.4 Juta!
McLaren Kuala Lumpur, pengedar eksklusif kenderaan McLaren di Malaysia, baru sahaja memperkenalkan supercar, McLaren Artura Spider.
19-08-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat