McLaren Artura Spider Kini Rasmi Di Malaysia – 690 HP, Dari RM3.4 Juta!

McLaren Kuala Lumpur, pengedar eksklusif kenderaan McLaren di Malaysia, baru sahaja memperkenalkan supercar, McLaren Artura Spider. Jentera canggih ini, menawarkan pengalaman pemanduan menakjubkan dengan gabungan teknologi hibrid inovatif. Model convertible pertama McLaren dengan sistem hibrid berprestasi tinggi ini ditawarkan bermula daripada harga RM 3,400,000, termasuk duti, sebelum pilihan kustom dan aksesori tambahan lain.
Reka Bentuk & Dimensi: Identiti Supercar yang Unik




Reka bentuk McLaren Artura Spider cukup menonjol, mengekalkan sentuhan eksklusif Artura seperti badan yang berukir halus dengan reka bentuk ‘shrink-wrapped’ mencerminkan kehebatan aerodinamik McLaren. Selain itu, reka bentuk ‘hammerhead’, komponen ambilan udara serta louvers yang bersepadu pada sudut hadapan menyerlahkan aura agresif Artura.


Bukaan pintunya yang unik terkenal untuk jenama McLaren menambah lagi kehadiran dramatik jentera ini, dalam masa yang sama, praktikal untuk digunakan di tempat letak kereta yang sempit.


Bumbung keras yang boleh dilipat (Retractable Hard Top atau RHT) secara standardnya diperbuat daripada gentian karbon dan komposit boleh dibuka dalam masa sepantas 11 saat. Teknologi cermin kaca Electrochromic untuk RHT turut ditawarkan sebagai pilihan, membolehkan pemandu mengawal jumlah cahaya matahari yang memasuki kabin.
Dari sudut tepi, model ini didatangkan standard dengan rim 15 jejari dalam kemasan perak. Untuk warnanya, buat pertama kalinya beberapa warna baharu diperkenalkan untuk Artura Spider yang termasuk lima pilihan warna standard, 20 warna Elite serta 18 warna MSO.
Kabin: Pengalaman Pemanduan yang Imersif


Kabin McLaren Artura Spider direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang bukan sahaja mewah tetapi juga memudahkan kerana fokus kepada pemandu. Ruang kabin boleh diberikan tema kemasan sporty (Performance), futuristik (TechLux) atau avant-garde dan berani (Vision), mengikut citarasa pemandu.
Stereng model ini ‘bersih’ tanpa butang yang tidak perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengalaman pemanduan. Sistem infotainmen dan sambungan McLaren (MIS II) terdiri daripada dua skrin definisi tinggi yang menawarkan integrasi telefon pintar. Ciri pengecas tanpa wayar turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
Tempat duduk McLaren Clubsport yang dipasang sebagai standard memberikan sokongan badan yang baik seperti tempat duduk bucket. Untuk pemandu yang mahukan lebih keselesaan, terdapat pilihan tempat duduk yang boleh dilaraskan secara automatik, pemanas, fungsi memori serta sokongan lumbar.
Prestasi & Kuasa: Kehebatan Teknologi Hibrid yang Canggih

McLaren Artura Spider dilengkapi dengan sistem hibrid berprestasi tinggi yang menghasilkan 690 hp. Enjin 3.0 liter V6 yang ringan dengan berat hanya 160kg, ia adalah 50 kg lebih ringan berbanding enjin McLaren V8 menjadikannya lebih efisien. Selain itu, reka bentuk enjin dengan sudut V 120 darjah juga membantu mengekalkan pusat graviti yang rendah, meningkatkan kestabilan dan memudahkan kenderaan untuk dikawal.

Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Sport, Track dan mod elektrik sepenuhnya, E-mode. Untuk model kali ini, proses penukaran daripada mod pemanduan Electric kepada Comfort, Sport, atau Track telah dipertingkatkan.
Sistem enjin ini digabungkan dengan motor elektrik axial flux yang memberikan kuasa tambahan 94 hp dan 225 Nm. Motor yang kecil tetapi berkuasa ini menawarkan kepadatan kuasa yang lebih tinggi berbanding model McLaren sebelumnya. Bateri litium-ion 7.4kWj menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 33 km. Dengan pengecas pantas, masa yang diambil untuk dicas penuh hanyalah 2.5 jam.
Ciri Keselamatan: Teknologi Terkini untuk Perlindungan Maksimum
McLaren Artura Spider dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan pemandu ADAS, termasuk Amaran Keluar Lorong yang mengekalkan tetapan pengguna sehingga diaktifkan semula secara manual melalui suis yang dipasang pada fascia, serta Pengenalan Tanda Jalan.
Pilihan tambahan termasuk Kawalan Jelajah Adaptif Pintar dengan Mod Switchable Follow, Bantuan Lampu Tinggi Automatik, Pemantau Titik Buta dan Pengesanan Lintasan Trafik Belakang.
Model ini turut didatangkan dengan sistem brek seramik karbon dan kaliper aluminium ringan, memberikan kuasa berhenti yang luar biasa. Kalibrasi ABS yang ditingkatkan memastikan jarak berhenti yang lebih pendek, memberikan kestabilan dan kawalan walaupun ketika pembrekan yang agresif.
Personalisasi

McLaren menawarkan pelbagai pilihan aksesori dan ciri tambahan lain mengikut citarasa dan keperluan pembeli, termasuk reka bentuk rim, hiasan dalaman, pilihan warna cat luaran, ciri bantuan pemandu canggih tambahan dan komponen gentian karbon. Turut ditawarkan ialah sistem audio Bowers & Wilkins 12 speaker.
Harga Jualan & Waranti

Setiap McLaren Artura Spider dilengkapi dengan pakej jaminan komprehensif, termasuk jaminan kenderaan selama lima tahun tanpa had perjalanan, jaminan bateri enam tahun/75,000 km, dan jaminan badan selama sepuluh tahun. Jaminan ini boleh dilanjutkan. Selain itu, turut disediakan ialah pelan servis selama tiga tahun, serta pakej bantuan tepi jalan selama lima tahun.
McLaren Artura Spider kini boleh ditempah dengan harga bermula dari RM 3,400,000 termasuk duti, sebelum pilihan tambahan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
“Tiada Perlindungan Untuk McLaren Kemalangan Di Malaysia” – AIG Singapura
AIG Insurance Motor membuat keputusan untuk tidak menyediakan perlindungan insurans bagi kereta sport, McLaren.
25-03-2024
Artura Spider, Kuasa Umph, Reka Bentuk Macho, Agak-Agak Berapa Harganya?
Artura Spider sudah berada di pasaran tetapi bukan di Malaysia.
28-02-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat