MBM Kongsi Teaser Mercedes-Benz E-Class W214 – ROI DIbuka
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini telah berkongsi teaser model baharu, sedan Mercedes-Benz E-Class generasi keenam (W214) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
E-Class Generasi Keenam (W214)
Model yang telah lama diramalkan akan memasuki pasaran tempatan oleh sumber dalaman MBM ini dijangka akan dilancarkan pada awal suku akhir tahun ini. Menjelang pelancarannya, MBM dalam diam telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk E-Class W214 baharu secara dalam talian melalui laman web rasminya. Selain daripada video teaser dan siluet yang dipaparkan di halaman ROI, MBM tidak mendedahkan banyak butiran lain.

Turut menjadi tanda tanya adalah statusnya iaitu sama ada ia akan diimport sepenuhnya (CBU) atau dipasang secara tempatan (CKD).
Pengenalan E-Class di Pasaran Global
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
E-Class W214.
Untuk makluman pembaca, E-Class generasi terbaru W214 ini telah diperkenalkan di peringkat global lebih setahun yang lalu dan diiktiraf sebagai model "E-Class yang paling terhubung". Di rantau ini, E-Class W214 telah dilancarkan di Thailand pada awal tahun dengan dua varian termasuk versi hibrid plug-in (PHEV).

Di sana, varian asas E-Class W214 iaitu E200, dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 2.0 liter hibrid ringkas (MHEV) yang menghasilkan 204 ps dan 320 Nm. Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Varian lebih tinggi, E350e pula menggunakan trenkuasa PHEV yang dipasangkan dengan motor elektrik dan bateri kompak 25.4 kWj. Sistem ini digabungkan dengan enjin petrol 4 silinder turbo 2.0 liter yang sama, memberikan output gabungan 313 ps dan 550 Nm. Dengan cas penuh, jarak pemanduan elektrik varian ini mencecah 115 km (WLTP).
Spesifikasi untuk Pasaran Malaysia Masih Menjadi Tanda Tanya
-full.jpg)
Buat masa ini, tidak pasti apakah pilihan trenkuasa yang akan ditawarkan di pasaran tempatan. Namun berdasarkan sedan C-Class W206 yang lebih kecil, besar kemungkinan kedua-dua trenkuasa dan varian ini bakal tiba di negara kita.
Dalam masa yang sama, kita juga boleh menjangkakan model baharu itu nanti bakal dipasang secara CKD di kilang MBM di Pekan, Pahang, sama seperti sedan kecil tersebut.
Harga Jualan
Turut kekal menjadi persoalan adalah harga jualannya. Jika dilihat dari segi tahap kelengkapan dan teknologi ketersambungannya yang canggih, E-Class W214 mungkin boleh mencapai harga jualan yang lebih tinggi berbanding model yang digantikannya, W213, yang ditawarkan pada harga antara RM349,888 (E200) hingga RM399,888 (E300).
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz W214 E-Class Dilancar, 2 Varian CKD, Harga Bermula Dari RM355K
Mercedes-Benz W214 E-Class sudah masuk Malaysia.
12-09-2024
Mercedes-Benz Kelas-E Ditayangkan Secara Umum: Rebut Dua Varian Ini
Mercedes-Benz Kelas E yang dikemaskini sudah mendarat dalam pasaran Malaysia namun jentera ini telah diperkenalkan secara global pada Mac tahun lalu.
30-07-2021
Mercedes-Benz W214 E-Class Dilancar, 2 Varian CKD, Harga Bermula Dari RM355K
Mercedes-Benz W214 E-Class sudah masuk Malaysia.
12-09-2024
Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak
Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.
04-02-2026
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
