ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Vendor Terjejas, Ini Pula Penjelasan PROTON!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris, tNew Straits Times (NST) ada menyiarkan laporan berhubung lebih 100 pembekal  komponen syarikat pengeluar kereta nasional, Proton yang membekalkan komponen kepada Proton mengalami masalah kewangan yang teruk gara-gara perbelanjaan operasi yang semakin melonjak.

Presiden Dewan Perniagaan Besar Fujian Malaysia Datuk Liu Guoquan mendakwa pihak Proton tidak mengendahkan rayuan vendor yang menggesa supaya isu itu ditangani dengan segera.

Kebanyakan pembekal dan vendor dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan, terutamanya disebabkan oleh tempahan yang semakin berkurangan baru-baru ini.

image.png

Malah, situasi itu dilihat boleh menjatuhkan  kebanyakanvendor, sekali gus menjejaskan beribu-ribu pekerja di seluruh rantaian industri automotif.

Beliau turut mendakwa bahawa   punca isu itu adalah kegagalan Proton memenuhi kuantiti pesanan alat ganti yang dijanjikan untuk model X50, X70 dan X90, yang telah mengakibatkan pengurangan 30% hingga 50% dalam kuantiti pengeluaran alat ganti.

Untuk itu, Proton tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

image.png

image.png

“Proton ingin memberikan respon terhadap laporan media baru-baru ini yang mengketengahkan cabaran yang dihadapi oleh vendor berkaitan dengan syarikat.

“Di Proton, kami mewujudkan persekitaran perniagaan yang saksama dan saling hormat menghormati antara rakan kongsi kami yang dibina di atas komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap urusan perniagaan yang adil dan teguh,”katanya,

Kenyataan itu turut menyebut, pihak PROTON telah bekerjasama dengan Persatuan Vendor Proton (PVA), wakil rasmi untuk semua 116 vendor Proton, yang kerap mengadakan perbincangan dan inisiatif bersama yang saling memberikan manfaat.

“Kami faham terdapat kesukaran yang dihadapi oleh sesetengah vendor dan pintu kami sentiasa terbuka untuk terlibat dalam perbincangan yang saksama dengan semua ahli PVA, kecuali mereka yang tidak dapat memberikan bukti yang jelas mengenai isu yang dihadapi.

“Adalah penting untuk menunjukkan Proton mempunyai sejarah dialog terbuka dan membina, dan kami tetap berdedikasi untuk meneruskan pendekatan ini untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak Proton berkata, pihanknya sememangnya  menyedari kepentingan menyelesaikan perkara ini dengan cepat dengan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat dan menjemput penglibatan melalui saluran rasmi untuk menyelesaikannya pada masa yang sesuai.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.