ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-VOLKSWAGEN-TOUAREG-R-LINE-KINI-RASMI-DI-MALAYSIA.png


 Touareg R-Line generasi ke-3 versi CKD kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. 


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. SUV andalan yang dipasang di dalam negara (CKD) ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM469,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package).


CIRI MEKANIKAL VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-8.jpg

Volkswagen-Touareg-R-Line-Info8.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info6.JPG


Model ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 TSI yang mampu menghamburkan kuasa mencecah 340 PS dan tork 450 Nm. Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pintar 4MOTION. Menggunakan sistem ini membolehkan pemandu memilih mod yang bersesuaian dengan jenis permukaan jalan. 


REKAAN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-5.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-16.jpg

web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-23.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-20.jpg


Dari segi rekaan, Volkswagen Touareg R-Line serba baharu tampil garang dengan sentuhan terkini yang diberikan pada sudut hadapan dan belakang. 


Volkswagen-Touareg-R-Line-Info14.JPG

Volkswagen-Touareg-R-Line-Info4.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info15.JPG


Di bahagian depan, gril radiator, lampu hadapan dan apron depan telah diberikan sentuhan baharu. Lampu yang digunakan hadir dengan teknologi canggih  IQ LIGHT HD MATRIX, yang merangkumi lebih 38,000 lampu LED mikro, memberikan kualiti pencahayaan yang lebih tepat dan jelas. Teknologi lain ialah Night Vision, pertama untuk Volkswagen di Malaysia, yang memberikan pandangan lebih jelas pada waktu malam. Sistem ini menggunakan sensor infrared dan kamera untuk mengesan kehadiran manusia atau haiwan dalam jarak 130 meter bagi mengelakkan pelanggaran. 


Sudut belakang juga kini lebih menyerlah dengan jalur lampu LED. Logo Volkswagen kini bercahaya merah, ciri yang sebelum ini hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat.


Pakej R-Line memberikan model ini gaya elegan dan sporty yang termasuk rim Braga berukuran 20 inci, kemasan krom, serta logo R pada pintu dan gril depan.


KABIN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-22.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-24.jpg

web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-13.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-10.jpg


Bergerak masuk ke dalam kabin lima tempat duduk Volkswagen Touareg R-Line yang luas, terdapat beberapa ciri penting iaitu panel paparan gabungan dua skrin iaitu panel instrumen Digital Cockpit bersaiz 12.3 inci dan sistem infotainmen Discover Pro Max dengan sambungan tanpa wayar App-Connect. 


Volkswagen-Touareg-R-Line-Info12.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info13.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info10.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info11.JPG


Kelengkapan lain yang disediakan di ruang kabin ialah pad pengecas tanpa wayar, kawalan pendingin hawa 4 zon dan sebagainya. 


Untuk hiburan, sistem audio yang disediakan ialah Dynaudio Consequence 730W bersama amplifier 80W. Sistem ini menggunakan 13 speaker serta sebuah sub-woofer yang ditempatkan di lantai kereta. 


social_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-19.jpg


Ruang kargo yang disediakan boleh diluaskan sehingga mencapai kapasiti 810 liter.


Memaksimumkan pengalaman premium pengguna, terdapat pantulan cahaya yang memaparkan logo Volkswagen apabila pintu dibuka. 


SISTEM KESELAMATAN VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-6.jpg

Volkswagen-Touareg-R-Line-Info3.JPGVolkswagen-Touareg-R-Line-Info5.JPG


Touareg dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih Volkswagen, IQ.DRIVE yang merangkumi ACC Kawalan Jelajah Adaptif (dengan fungsi Henti-Mula), Pemandangan Keliling, Bantuan Brek Kecemasan Autonomi Hadapan, Brek Pasca Pelanggaran Automatik, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Parkir, Bantuan Sis dan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pemantau Perhatian Pemandu Termaju dan juga sistem Pemantau Tekanan Tayar. Touareg generasi terbaru ini merupakan model Volkswagen pertama yang hadir dengan ciri Bantuan Lintasan Trafik Hadapan. 


HARGA VOLKSWAGEN TOUAREG R-LINE


VOLKSWAGEN-TOUAREG-R-LINE1.jpegVOLKSWAGEN-TOUAREG-R-LINE2.jpeg


Touareg ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu biru (Lapiz Blue), kelabu (Silicon Gray), hitam (Grenadilla Black), putih (Oryx White) dan perak (Dolomite Silver). Model ini ditawarkan di pasaran bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun pada harga RMRM469,990. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari di www.volkswagen.com.my/touareg-r-line. Pandu uji dan tempahan juga boleh dibuat melalui mana-mana cawangan pengedar sah Volkswagen. 

web_MA_CariCarz_Launch_Volkswagen-Touareg-R-Line-CKD_-14.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4246

SELANGOR

BSU4734

JOHOR

JF9284J

PULAU PINANG

PSG5180

PERAK

APM3397

PAHANG

CFJ1526

KEDAH

KGJ5027

NEGERI SEMBILAN

NEM3206

KOTA KINABALU

SJU5975

KUCHING

QAB7695P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

19-06-2026
Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Gaya Hidup

22-07-2025
Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Pandu Uji

16-10-2024
Berita Auto

06-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.