Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin mendedahkan bahawa pihaknya menangguhkan rancangan untuk melancarkan model kenderaan elektriknya pada tahun depan.
Sebaliknya, rancangan untuk melancarkan empat model EV miliknya akan dibuat selewat-lewatnya pada tahun 2027 nanti.
Sebelum ini, Aston Martin ada mengatakan bahawa pihaknya melancarkan model EV pada tahun depan namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, rancangan itu terpaksa ditangguhkan.
Bercakap kepada laman berita automotif, Autocar UK, Pengerusi Eksekutif Aston Martin, Lawrence Stroll mengakui bahawa pihaknya sudah bersedia untuk melancarkan model EV pada akhir tahun 2025 namun semuanya berubah di saat-saat akhir.

Ini kerana pihaknya kini membuat keputusan untuk memberi lebih tumpuan pada teknologi hibrid untuk barisan model generasi seterusnya, terutamanya kepada pembangunan kereta hibrid plug-in (PHEV).
Bagaimanapun, ini bukanlah satu berita besar kerana kebanyakan pengeluar kereta Eropah turut menangguhkan pengeluaran EV sebaliknya memilih untuk memfokuskan kepada model-model seperti PHEV.

Apapun, rancangan Aston Martin itu dilihat seiring dengan misi bersama syarikat EV terkenal di Amerika Syarikat, Lucid dimana ia mempunyai kepakaran dalam BEV.
Selain daripada melancarkan model EV pertama Aston Martin menjelang 2025, hasil kerjasama ini juga akan menyaksikan Aston Martin akan melancarkan kereta super PHEV pertamanya, Aston Martin Valhalla, menjelang akhir tahun ini.
Ini bermakna, hasil kedua-dua pihak ini juga akan menentukan Aston Martin melancarkan barisan model baharu yang menampilkan pilihan rangkaian kuasa elektrik separa menjelang 2026.
Ujar Stroll, model Aston Martin versi elektrik pada masa hadapan akan menggunakan persediaan rangkaian kuasa PHEV berasaskan V8 yang dibangunkan oleh Mercedes-Benz.

Rangkaian kuasa itu sebenarnya adalah sama yang terdapat pada kebanyakan model Mercedes-AMG PHEV pada masa kini.
Selain daripada enjin V8, Stroll juga membayangkan bahawa mungkin terdapat rangkaian kuasa PHEV berasaskan enjin V12 yang akan ditawarkan pada model Aston Martin pada masa depan.
Walaupun pergerakan elektromobiliti dilihat semakin pesat namun Stroll menegaskan bahawa PHEV akan menjadi pilihan popular dalam kalangan pelanggannya selama 10 tahun lagi dengan menyifatkan teknologi itu sebenarnya berfungsi sebagai penghubung antara ICE dan BEV.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?
Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.
30-01-2026
Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia
Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.
22-12-2025
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025
Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.
03-12-2025
Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi
Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.
26-09-2025
BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.
13-08-2025
Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?
Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.
05-05-2025
Chery Fulwin A8L Capai Lebih 2,000 KM! PHEV Dengan Jarak Perjalanan Terpanjang Di Dunia
Chery telah memperluaskan barisan Fulwin hibrid plug-in (PHEV) di China dengan memperkenalkan Fulwin A8L, sedan empat pintu yang kini memegang rekod sebagai PHEV dengan jarak pemanduan terpanjang di dunia.
19-12-2024
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat