Chery Malaysia Hantar Omoda E5 Sampai Depan Rumah

Chery Malaysia menyifatkan pihaknya cukup teruja apabila melakukan penghantaran pertama unit Omoda E5 kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, baru-baru ini.
Datuk Chong Wei merupakan individu pertama yang sudah menerima Omoda E5 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas.

“Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda!,” katanya di laman akaun Facebook rasminya.

Sementara itu, beberapa gambar yang dikongsi Chery Malaysia menunjukkan Presiden Chery Malaysia, Leo Chen duduk di sebelah Datuk Chong Wei ketika memandu uji kereta baharunya.
Malah, Omoda E5 yang berwarna Aqua Green itu diikat dengan riben berwarna merah ketika dihantar kepada pemain legenda Malaysia berkenaan.

Untuk makluman, Omoda E5 dijana oleh motor elektrik pada gandar roda hadapan yang mampu menghasilkan 201 hp dan 340.

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7.2 saat. Ia yang dibekalkan bateri lithium fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj mampu bergerak sejauh 630 km dengan hanya sekali cas.
Apa yang cukup menarik, ia cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan seperti:
• Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
• Brek Kecemasan Kendiri (AEB)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Amaran Keluar Lorong (LDW)
• Bantuan Kesesakan Jalan (TJA)
• Bantuan Tukar Lorong (LCA)
• Bantuan Jelajah Bersepadu (ICA)
• Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD)
• Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) dan banyak lagi

Malah, terdapat pakej khas tersedia untuk 2000 tempahan OMODA E5 terawal iaitu:
• Wall box charger
• V2L (Vehicle-to-Load) Charger
• Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC
Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) serta Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).

Bagi yang berminat, Chery Omoda E5 ditawarkan pada harga bermula RM146,800.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge