Chery Tiggo 8 Pro Ditawarkan Dalam Warna Baharu! Hijau Elegan, Hanya 120 Unit

Tiggo 8 Pro dalam warna Aurora Green.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Chery Malaysia akan mengeluarkan 120 unit terhad Tiggo 8 Pro dengan warna eksklusif, Aurora Green.
Menurut Chery Malaysia, warna hijau eksklusif ini memberikan sentuhan elegan kepada SUV tiga baris utama mereka. Aspek mekanikal dan kelengkapan lain Tiggo 8 Pro dianggarkan tidak berubah.


Tiggo 8 Pro dalam warna istimewa, Aurora Green (kiri) dan dalam warna standard, hitam (kanan).
Model ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter 4 silinder turbo yang menghasilkan kuasa 256 hp dan tork 390 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan.
Tiggo 8 Pro dilengkapi dengan modul paparan digital gabungan (infotainmen dan instrumen) berukuran 24.6 inci. Sistem infotainmennya boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, memaparkan kamera parkir 540 darjah dan banyak lagi fungsi lain.






Harga jualan Chery Tiggo Pro dalam warna Aurora Green sama seperti versi standard.
Walaupun menggunakan warna khas yang terhad, SUV ini dijual pada harga yang sama seperti model standard, iaitu RM159,800. Harga adalah termasuk pakej jaminan 7 tahun atau 150,000 km dengan upah percuma selama 5 tahun.
Pelanggan boleh memilih untuk memanjangkan tempoh tersebut sehingga 10 tahun atau 1,000,000 KM melalui Pakej Jaminan Lanjutan Chery Malaysia dengan harga RM2,000. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih Pakej “Extra Peace of Mind” yang baru dilancarkan, untuk pakej servis tambahan selama 7 tahun, pada harga RM11,600. Kunjungi pusat pengedaran Chery terdekat untuk membuat tempahan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888
Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.
09-01-2026
Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas
Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.
02-01-2026
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery
Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.
04-04-2025
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?
20-12-2024
Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas
Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.
18-09-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
