Ini Dia SUV 4X4 GWM Haval Raptor Hi4 Yang Telah Dikemaskini

Raptor Hi4
Kalau disebut nama ‘Raptor’ pasti ramai terbayangkan trak pikap jenama keluaran sebuah syarikat automotif dari Amerika Syarikat. Sebenarnya, model dengan nama ‘sama’ juga wujud di negara China, tetapi bukannya sebuah trak pikap. Di negara tersebut, Raptor Hi4, adalah sebuah SUV 4x4 daripada Great Wall Motor (GWM) di bawah sub-jenama Haval yang dipasarkan di negara tersebut. Tahun ini, model tersebut diberikan beberapa ciri baharu.
Raptor Hi4 yang telah dikemaskini itu diperkenalkan secara dalam talian lebih awal daripada kemunculan pertamanya yang dijadualkan akan diadakan semasa pameran Auto China 2024 di Beijing hujung bulan ini.
Menurut pengurus jenama Haval, Zhao Yongpo, versi yang dikemaskini ini dibangunkan dan dioptimumkan berdasarkan maklum balas daripada pengguna.



Raptor Hi4 versi terbaru ini diberikan perubahan yang tidak begitu ketara berbanding versi asalnya. Kita nantikan perinciannya sebaik ia diperkenalkan secara rasmi semasa Auto China 2024 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Setakat ini, GWM (Haval) masih belum mengeluarkan butiran mengenai saiz dan sistem kuasa yang digunakan untuk Raptor Hi4 baharu. Sebagai rujukan, versi sebelumnya berukuran 4,800 mm (panjang), 1,916 mm (lebar) dan 1,822 mm (tinggi), menjadikannya SUV yang cukup besar dengan jarak antara roda 2,738 mm.
Seperti yang dapat ‘diteka’ melalui namanya, SUV ini menggunakan sistem kuasa hibrid plug-in (PHEV) GWM yang terdiri daripada enjin turbo 1.5 liter dan dua motor elektrik. Sebagai perbandingan dan makluman, GWM Tank 400 Hi4-T yang baru dilancarkan menggunakan enjin 2.0 liter yang lebih besar, menghasilkan 408 hp dan 750 Nm.

Dari segi reka bentuk, versi model 2024 yang dikemaskini ini tidak jauh berbeza dengan versi sebelumnya. Perubahan kecil dapat dilihat pada gril tiga jalur serta logo jenama dan model. Ciri-ciri seperti lampu belakang ala Land Rover Defender dikekalkan.

Di dalam kabin, versi MY 2024 yang dikemaskini juga kelihatan hampir sama dengan yang terdahulu.
Beberapa peningkatan boleh dijangkakan untuk ciri bantuan pemandu aktif (ADAS). Versi terdahulu GWM Haval Raptor Hi4 dilengkapi dengan kemampuan memandu separa autonomi Tahap 2 yang dibantu oleh 11 sensor, yang terdiri daripada sensor kamera dan radar.
Maklumat lebih lanjut dijangka akan didedahkan setelah model ini membuat kemunculan pertamanya di pameran Auto China 2024 minggu depan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Haval H6 HEV Catat Perjalanan 1,242 KM Dengan Satu Tangki Penuh, Lakar Sejarah Asean Records
HAVAL H6 HEV tersenarai dalam ASEAN Records kerana berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,242 kilometer dengan hanya satu tangki penuh.
09-06-2025
GWM Komited Terhadap Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Model CKD, Haval H6 Suku Ketiga 2024
Strategi perniagaan jangka panjang Great Wall Motor (GWM) telah membuahkan hasil. Syarikat bakal lancarkan model baharu di Malaysia.
01-08-2024
GWM Malaysia Dedah Imej Acah Tank 500, Dilancarkan Mei Nanti?
GWM Malaysia melalui media sosial rasminya mendedahkan imej acah yang memamparkan bentuk badan SUV 4x4 premium, GWM Tank 500.
11-04-2025
Penghantaran Pertama Juga Akan Dibuat Pada Bulan Depan
Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder .
28-06-2024
SUV PHEV 4X4 BYD Fang Cheng Bao 5 Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 734 HP, Capai 1,200 KM!
BYD SD Motors mempertontonkan SUV mewah super-PHEV 4x4, BYD Fang Cheng Bao 5 di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024).
23-05-2024
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.
22-04-2024
Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia
Tiggo 7 Pro Phev turut didedahkan kepada umum.
29-04-2024
NETA Bakal Guna Teknologi Kokpit Tercanggih Snapdragon, Meterai MoU Bangun Kilang CKD Di Rembau
NETA Auto lancarkan platform integrasi kokpit untuk pemanduan atau cockpit-to-drive, Snapdragon Ride Flex (SA8775P).
29-04-2024
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat