ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Macam Biasa, Proton Saga Paling Laris

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON mengekalkan kedudukannya dengan selesa selepas berjaya menjual sebanyak 12,666 unit kereta pada bulan lepas sekali gus  meningkatkan jumlah suku pertama kepada 39,150 unit.

Jualan Proton sebenarnya ada kaitan dengan beberapa modelnya yang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan orang Malaysia.

Berikut adalah statistik jualan model kereta Proton:

Screenshot-2024-04-04-120900.png

Misalnya seperti Proton Saga dimana sebanyak 18,247 unit terjual  pada tiga bulan pertama tahun ini sekali gus merekodkan  prestasi suku pertama tertingginya dalam 12  tahun. 

image.pngimage.png

Pada bulan Mac, 5,906 unit Saga telah dijual termasuk 93 unit untuk pasaran eksport. Ini meletakkan model itu di tempat kedua dalam pasaran sedan segmen A.

Selain Saga,  jualan Proton S70 juga agak memberangsangkan apabila 2,072 unit dijual pada bulan Mac dimana (35 unit eksport) menjadikan jumlah jualan bagi suku pertama 5,828 unit. 

image.pngimage.png

Proton juga kekal sebagai salah sebuah jenama utama dalam pasaran SUV dengan tiga modelnya. Proton X50 mencapai 1,626 unit, manakala Proton X70 mengalami peningkatan sebanyak 35.5% berbanding bulan sebelumnya dengan 603 unit dijual. 

NEV pertama syarikat, Proton X90, juga mengekalkan kedudukan kukuhnya di pasaran SUV segmen D dengan 326 unit sudah dihantar kepada  pelanggan pada bulan lepas.

Sementara itu,  jualan Proton Persona mencatatkan sebanyak 1,665 unit. Ini menjadikan jumlah jualan suku pertama meningkat kepada5,370 unit dan meletakkannya sebagai sedan segmen B kedua paling popular di negara ini.

Proton Iriz mencapai 468 unit pada bulan Mac dan 1,534 unit untuk suku tersebut dan dapat mengekalkan kedudukan keempat dalam segmen pasarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah menyifatkan suku pertama tahun 2024 berakhir secara positif untuk PROTON. T

En-Roslan-Abdullah-(1).JPG

“”Tanpa faktor luaran yang meggalakkan pertumbuhan jualan tahun ini, angka yang dicapai menawarkan bacaan permintaan pasaran yang lebih tepat,” katanya dalam satu kenyataan.


Journalist-interviewing-guests-during-launch-event-of-Proton-X50-and-Proton-X90--in-Trinidad-and-Tobago..jpg

Dalam perkembangan lain , dua  SUV Proton turut dilancarkan di Trinidad dan Tobago.

Ia selepas Ansa Motors, pengimport dan pengedar Proton kereta di Trinidad dan Tobago melancarkan Proton X50 dan
Proton X90 di pasaran mereka pada 13 Mac lalu yang diadakan di cawangan mereka di Charles Street, Pelabuhan Sepanyol. 

Launch-of-Proton-X50-and-Proton-X90-in-Trinidad-and-Tobago.jpg

Semasa berucap pada majlis itu,  Ketua Perniagaan Serantau Jerome Borde memuji Proton atas tumpuannya terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan harga dalam pasaran automotif tempatan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Isteri Maut Dilanggar Suami

Wanita maut kena langgar kereta undur.

30-04-2023
Berita Auto

Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Sejarah Proton dan evolusi kereta pertama yang dikeluarkan, Proton Saga.

19-08-2022
Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.