MPV Futuristik Chery Exeed 08 Didedahkan, Akan Dipertontonkan di Auto China 2024

Menjelang kemunculan pertamanya yang akan berlangsung semasa pameran automotif besar-besaran, Auto China 2024, Chery telah mendedahkan MPV mewah terbaru mereka, Chery Exeed 08. Model ini merupakan penambahan terbaru dalam barisan kenderaan mewah sub-jenama Exeed.
CIRI MEKANIKAL CHERY EXEED 08
Menurut laporan dari CarNewsChina, Exeed 08 MPV ini dilengkapi dengan trenkuasa 'tenaga baharu'. Bagaimanapun, kami yakin ini mungkin sebuah kenderaan elektrik (EV) yang akan menjadi sebahagian daripada barisan EV flagship baharu Exeed yang dikenali sebagai Exlantix, yang setakat ini telah merangkumi SUV ET dan sedan ES.

MPV ini dijangka akan menggunakan platform elektrik penuh, E0X seperti model lain dalam keluarga sama, yang menampilkan seni bina 800 volt bersama pakej bateri lithium fosfat besi (LFP) yang dibangunkan oleh CATL.
REKA BENTUK CHERY EXEED 08

Rekaan Exeed 08 MPV telah dihasilkan melalui kerjasama antara pasukan rekaan Exeed di Eropah dan Shanghai, menggabungkan bahasa rekaan Wind Aesthetics 2.0 terkini jenama tersebut.

Dari depan, MPV ini menampilkan gril depan yang berlampu, diapit oleh lampu depan LED dual-stack dengan DRL LED yang halus.

Dari sisi, Exeed 08 MPV tampil menyerlah dengan rekaan cermin depan yang hampir rata bersambung dengan hud depan. Secara keseluruhannya ia kekal dengan bentuk badan kotak sebuah MPV, bersama ciri menarik seperti pintu jenis gelangsar dengan pemegang yang tersembunyi, kamera sisi digital menggantikan cermin sisi fizikal, serta rim besar yang tertutup sepenuhnya, tanpa jejari.

Di bahagian belakang, MPV elegan ini menampilkan lampu belakang LED berbentuk L yang dipasang secara menegak mengikut bentuk badan sisi kereta.
Apa lagi yang menarik tentang MPV ini? Segalanya akan didedahkan secara lebih terperinci semasa pameran Auto China 2024 yang akan berlangsung minggu depan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?
Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.
31-07-2025
MPV Elektrik Zeekr Mix Kini Di Pasaran China – Cas Sepantas 10.5 Minit! Lebih 700 KM!
MPV elektrik yang canggih, Zeekr Mix, telah dilancarkan secara rasmi di China minggu ini.
25-10-2024
Luxeed V9 Diperkenalkan – MPV Mewah Huawei-Chery, Capai 1,200 KM
Arena MPV mewah kini semakin hangat dengan kemunculan Luxeed V9, hasil kolaborasi strategik antara gergasi teknologi Huawei (HIMA) dan Chery.
26-01-2026
Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik
Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.
02-05-2025
MPV Elektrik XPeng X9 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM269,888
Bermaz Xpeng Sdn Bhd secara rasmi melancarkan XPeng X9. MPV elektrik pintar tujuh tempat duduk kini boleh ditempah di Malaysia dengan harga bermula daripada RM269,888.
05-03-2025
Denza D9 Bakal Dilancarkan 20 Februari Ini – Harga Sekitar RM280K?
Denza Malaysia, hari ini memperkenalkan Denza D9 buat pertama kalinya kepada umum sebelum pelancarannya.
13-02-2025
MPV Elektrik Zeekr Mix Kini Di Pasaran China – Cas Sepantas 10.5 Minit! Lebih 700 KM!
MPV elektrik yang canggih, Zeekr Mix, telah dilancarkan secara rasmi di China minggu ini.
25-10-2024
Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia
Tiggo 7 Pro Phev turut didedahkan kepada umum.
29-04-2024
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat