Supercar BYD Fang Cheng Bao Super 9 Concept Ini Tiada Cermin Depan – Bakal Dikeluarkan?

Super 9 Concept tampil radikal.
Jenama di bawah syarikat automotif BYD, Fang Cheng Bao, telah mendedahkan kereta konsep terbaru mereka yang tampil radikal, Super 9 Concept, sebuah speedster tanpa bumbung yang mencuri perhatian baru-baru ini.
Fang Cheng Bao Super 9 Concept ini kelihatan mirip seperti kereta sport mewah seperti Ferrari Monza SP2, Lamborghini Aventador J, McLaren Elva, dan model konsep Aston Martin DBR22. Apa yang membezakannya dengan kesemua model ini adalah penggunaan trenkuasa elektrik.
Menurut CarNewsChina, Super 9 telah diperkenalkan oleh ketua reka bentuk BYD, Wolfgang Eggert yang sebelum ini pernah bekerja di bawah syarikat Audi dan Lamborghini. Ini mungkin menjelaskan persamaan rekaannya dengan supercar Lamborghini, terutamanya pada bahagian depan dan pintu bukaan ke atas.
Dengan pengenalan kereta konsep ini, menandakan bahawa sub-jenama Fang Cheng Bao kini bersedia untuk menawarkan model lain selain crossover SUV. Buat masa ini, sub-jenama tersebut hanya memasarkan satu model iaitu sebuah SUV super PHEV mewah 4x4, Bao 5 (Leopard 5).

Kereta konsep ini direka oleh bekas pereka Lamborghini, Wolfgang Eggert.
Kereta konsep yang bakal dinamakan Bao 9 apabila memasuki fasa pengeluaran kelak adalah sebuah model dengan dua tempat duduk yang direka tampa atap dan cermin. Di bahagian kabinnya, konsep dwi-kokpit diketengahkan dengan tempat duduk gentian karbon dan stereng gaya F1.
Sentuhan menarik lain yang diberikan oleh Eggert dan pasukannya ialah lampu belakang dengan bentuk seperti logo Fang Cheng Bao, spoiler brigde-like dan bentuk keseluruhannya yang seperti sebuah speedster klasik.
Turut mencuri perhatian ialah penggunaan grafik angka “30” pada beberapa bahagian kereta. Ini mungkin digunakan sebagai simbol kepada kedatangan ulang tahun ke-30 BYD tidak lama lagi.

Model ini dijadualkan untuk dipamerkan semasa Auto China 2024 minggu depan di Beijing.
Butiran teknikal mengenai kereta konsep ini masih belum didedahkan, tetapi rekaannya bakal dipertontonkan kepada orang ramai semasa Auto China 2024 di Beijing.

Untuk makluman pembaca, BYD telah mempunyai sebuah supercar elektrik di bawah sub-jenama lain, YangWang, yang dikenali sebagai U9 dengan kuasa yang boleh mencapai 1,287 hp.
Apa pendapat anda tentang kereta konsep terbaru ni? Kongsikan di ruangan komen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Harga Bao 3: RM143K
BYD menyiarkan imej teaser Fang Cheng Bao 3 versi elektrik sepenuhnya, baru-baru ini.
03-06-2024
Harga Bao 3: RM143K
BYD menyiarkan imej teaser Fang Cheng Bao 3 versi elektrik sepenuhnya, baru-baru ini.
03-06-2024
Berita Terkini
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


